Sunday, July 05, 2015
Program DAP Kena ‘SERANG’...Padan MUkanya
Johor Baharu : Kira-kira 100 orang penyokong sebuah parti politik naik
berang apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan
yang seolah-olah menghina parti mereka dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria,
Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain
mendakwa mereka cuba nak menumbangkan Najib.
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong parti yang berada di situ memprotes
kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit
Siang ke kawasan itu, naik berang.
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong
parti berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP
yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan
Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun
Johor Jaya, Liow Chai Tung.
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk
membatalkan program selanjutnya iaitu 'Walkabout' di Pasar Borneo
berdekatan susulan kekecohan itu.
Dipetik daripada sumber : Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment