Sunday, July 05, 2015
Fitnah WSJ: Najib Rileks Je, PAS Pulak Yang Bertekak Sesama Sendiri
Sebaik fitnah WSJ kononnya sejumlah USD700 Juta dimasukkan ke dalam
akaun peribadi Perdana Menteri mula sensasi, Timbalan Presiden PAS
dilihat antara terawal memberi respon – seakan percaya dengan fitnah
tersebut dengan mendesak pengisytiharan harta sekalipun tiada bukti yang
diberikan sang pemfitnah.
Hanya bersandarkan kepada kenyataan yang memetik sumber entah sesiapa
dan grafik yang boleh dibuat sendiri dalam Sarawak Report, tapi Tuan
Ibrahim Tuan Man, pada hari baik bulan baik ini menerima fitnah
tersebut seoalah-olah betullah berlaku seperti mana yang di dakwa.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia.
Begitupun bukan itu penulis berminat untuk dijadikan coretan
petang-petang Ahad ni, sebaliknya respon dari Mursyidul Am PAS dalam
lingkungan waktu yang hampir sama, yang mana Datuk Haron Din meminta
disiasat terlebih dahulu tuduhan tersebut sebelum boleh menuduh Perdana
Menteri.
Tak payah jadi ustaz pun, disini nampak bahawa Haron Din lebih matang
dan bersikap seperti mana orang Islam yang sebenarnya sedangkan Tuan
Ibrahim kelihatan cuba nak menyaingi orang yang digantinya dulu, Mat
Sabu dengan mengutamakan populariti dari realiti.
Kalau kata perjuangan Islam, itulah (sikap Haron Din) yang sebenarnya, siasat dulu sebelum percaya tuduhan buta tuli.
Begitupun percanggahan kenyataan antara 2 pemimpin besar PAS ini
menyerlahkan kelam kabutnya parti PAS, sedangkan Perdana Menteri rileks
saja sebab tahu tuduhan tersebut tidak benar.
Faktanya, dimanakah logik seorang yang cukup bijak memindahkan wang
berbilion ringgit melalui beberapa syarikat, kemudian bertindak bodoh
dengan memasukkan semua wang tersebut dalam akaun peribadinya sendiri?
Bukan itu saja yang cacat, malah ada banyak lagi, antaranya bagaimana
transaksi sebesar itu berlaku dalam jangka masa yang singkat, tidak
dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), akaun dah ditutup tapi
transaksi masih berlaku dan sebagainya.
Haron Din sendiri pun membangkitkan persoalan yang sama.
Penulis bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Harun Din kerana
bertindak seperti muslim sejati. Besar maknanya kenyataan ini sekalipun
Perdana Menteri belum terdesak dengan fitnah tersebut sehingga nak
meminta sokongan PAS.
Sikap beliau ini patut dijadikan contoh oleh pemimpin PAS yang lain.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment