Thursday, July 02, 2015

Tangguh Pemilihan Beri Ruang UMNO Buat Penambahbaikan Perlembagaan Selaras Kehendak Akar Umbi

2 Julai 2015, Kuala Lumpur : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan UMNO selepas PRU-14 merupakan langkah yang tepat di mana kepimpinan serta ahli akar umbi dapat memberikan tumpuan terhadap gerak kerja parti serta memberikan fokus terhadap pengukuhan parti bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO menegaskan bahawa penangguhan ini adalah selaras dengan maklum balas yang diterima dari akar umbi yang jelas mahukan kepimpinan UMNO diperingkat tertinggi, bahagian dan juga akar umbi agar lebih fokus kepada usaha-usaha pengukuhan parti bagi menghadapi PRU-14 akan datang nanti.
IMG_8633
“Selain daripada itu, saya sebagai pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO merasa lega dengan penangguhan ini kerana ia dapat memberikan kami lebih masa untuk melakukan penambahbaikan termasuk beberapa fasal di dalam perlembagaan yang perlu dipinda bersesuaian dengan kehendak akar umbi.

“Dalam hal ini, kita telah menggerakan jentera biro untuk turun padang bagi mendapatkan maklum balad serta pandangan dari kepimpinan negeri dan juga kepimpinan akar umbi berhubung pindaaan perlembagaan yang dibuat pada tahun 2009 yang lalu,” jelasnya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Perlembagaan dan Perundangan di Tiingkat 38, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin lagi, hasil daripada program turun padang serta persidangan meja bulat usul yang diadakan sebelum ini, biro telah memutuskan empat perkara utama yang perlu diberi tumpuan sebagai tindakan proaktif bagi melaksanakan segala pandangan serta maklum balas yang diberikan oleh akar umbi.

“Empat premis tersebut ialah Usul Bahagian-Bahagian di mana penyelarasnya ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Keduanya ialah berhubung Pemilihan Parti yang akan diselaraskan oleh Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, YB Mat Nazari Ahmad Dahlan.

“Manakala Ketua UMNO Bahagian Pendang, YB Paduka Md Rozai Shafian akan menjadi penyelaras bagi hal-hal keahlian dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula menjadi penyelaras bagi Pengupayaan Perhubungan Negeri,” ujarnya.

Selain itu kata beliau lagi, kesemua maklum balas serta jawapan terhadap 638 usul-usul Bahagian telah pun dijawab oleh pihak Kementerian, Jabatan, agensi dan Majlis Tertinggi UMNO.

“Ini merupakan kali pertama kita melakukan tindakan susulan untuk mendapatkan jawapan daripada Kementerian-kementerian yang terbabit dan apa yang jelas, berdasarkan usul-usul yang diutarakan ternyata UMNO sejak penubuhannya sentiasa berjuang untuk mengenengahkan isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

“Daripada usul-usul tersebut, barulah kita mengupas serta menjadikan usul-usul itu sebagai polisi dan dasar kerajaan. Maka di sini ingin saya tegaskan bahawa UMNO yang sentiasa peka terhadap suara akar umbi dalam perjuangannya untuk membela agama dan bangsanya sejak dari awal penubuhannya sehinggalah ke hari ini,”akhiri beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment