Friday, July 03, 2015
TERKINI! Bayar RM500,000 - Lim Guan Eng DAP Kalah Saman 'NENEK RASIS' !
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid telah menang kes
saman terhadap Lim Guan Eng DAP berhubung gelaran 'nenek rasis dan
jahat' yang dilemparkan terhadap beliau.
Jahara Hamid memfailkan saman itu menerusi peguamnya, di Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang pada Mac 2014, selepas Guan Eng DAP dengan sombongnya
tidak mahu menarik balik perkataan rasis terhadapnya.
Selain saman berkenaan, media melaporkan bahawa Jahara juga turut
memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan
mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan
tidak berulang.
Untuk rekod, 10 Disember 2013, Guan Eng dalam sidang akhbar di luar
sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dituduh
cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau
Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment