Friday, July 03, 2015
Tuduhan Terbaharu Sabotaj Politik Berterusan Terhadap PM, Kata PMO
3 Julai 2015, Kuala Lumpur : Tuduhan terbaharu, bersumberkan
daripada beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk
menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan sabotaj
politik yang berterusan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.
PMO dalam satu kenyataan berkata terdapat usaha bersepadu oleh
individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi,
memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih
secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi
Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu globalsekarang.
“Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan
berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai,” kata PMO sambil
menambah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab
untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan
oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa
1Malaysia Development Bhd telahpun menyatakan ia tidak pernah
menyediakan dana kepada perdana menteri, kata PMO.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment