Friday, July 03, 2015

Media Perlu Bertanggungjawab Bina Budaya Bangsa, Bukan Sarat Laporan Fitnah

3 Julai 2015, Kuala Lumpur : Peranan media sama ada media cetak dan eletronik perlu kembali kepada matlamat asal, iaitu membangunkan negara dan rakyat serta membina peradaban budaya bangsa, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Media harus kembali kepada peranan asalnya, lebih beretika dan mempunyai sikap tanggungjawab bersama untuk membina negara,”tegasnya.

Beliau berkata, asas kelahiran media ialah berusaha menyalurkan maklumat tepat dan sahih disamping laporan bermanfaat kepada pembaca.

“Melihat kepada konteks negara kita, asas kelahiran media khususnya media cetak pada mulanya untuk membebaskan negara daripada penjajah di samping memperjuangkan kepentingan rakyat,” ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Katanya, kelahiran akhbar atau majalah sebelum merdeka kebanyakkannya  menjuruskan kepada perjuangan dan semangat anti-penjajah disamping berperanan memaju anak bangsa.

Pada ketika itu sehingga pasca kemerdekaan katanya,  media tidak dipenuhi dengan laporan atau pemberitaan yang sarat dengan fitnah mahupun adu domba bertujuan melaga-lagakan rakyat atau pemimpin.

“Sekarang ini, kesan ledakan teknologi maklumat semakin canggih dan perkembangan media baru, media alternatif mula mengambil tempat di kalangan pembaca terutama genersi muda,” katanya.
Kuala Lumpur, 1 Julai--Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman beramah mesra dengan salah seorang penerima bantuan yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU), Adik Nur Aishah Atiqah Hussain Deen, 16 tahun dari Sekolah Pendidikan Khas Spastik Petaling Jaya pada Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2015 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan UMNO Bahagian Cheras di Kolej YPC-ITWEB, Taman Maluri pagi ini. Turut bersama Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) merangkap Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. - Foto : MediaUMNO
Bagaimanapun katanya, perkembangan media baru telah dijadikan sebagai senjata politik yang sengaja salahgunakan oleh pihak berkepentingan untuk menyemarakkan serangan fitnah terhadap parti pemerintah.

Syed Ali menjelaskan, parti politik terutama pembangkang termasuk kumpulan bersikap anti-kerajaan menggunakan laman-laman sosial secara terancang menabur fitnah dengan fakta-fakta tidak tepat dan tidak berasas.

“Kumpulan ini mensasarkan fitnah berterusan dan teracang terhadap kerjaaan sehingga berjaya membentuk persepsi negatif yang dilihat terlalu sukar dikikis walaupun pada asasnya ianya merupakan satu pembohongan yang amat ketara,” katanya.

Tambah beliau lagi, masyarakat terutama generasi muda menjadi semakin keliru dengan lambakan berita berunsur fitnah yang disalurkan menerusi media-media sosial.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO /BN Wilayah Persekutuan berkata, kecenderungan menggunakan media sosial telah menyuburkan budaya fitnah dan ini merupakan satu fenomena sosial yang terpaksa di hadapai dan ditangani oleh kerajaan.

Syed Ali berkata, budaya fitnah yang disuburkan menerusi media sosial seperti laman-laman blog dan Facebook juga jelas bertentangan dengan budaya masyarakat rakyat negara ini.

“Malah serangan fitnah dan adu-domba menerusi laman-laman sosial juga jelas bertentangan dengan adat resam orang Melayu dan bercanggah dengan ajaran Islam,” tegasnya.

Beliau juga berkata, adakalanya pihak media lebih gemar mensensasikan berita yang tidak sahih sumbernya bertujuan mencemar atau memburuk-burukkan reputasi dan harga diri seserorang.

“Di samping untuk menjadikan berita itu sebagai rangking utama, ianya juga lebih kepada usaha berniat jahat kerana menggunakan sumber meragukan untuk mencela seseorang khususnya pemimpin negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu pengamal media kembali semula kepada matlamat asal peranan media itu sendiri dengan lebih bersikap jujur, profesional dan bertanggungjawab.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon terhadap ingatan Perdana Menteri kepada pengamal media untuk berlaku adil dan mencari kebenaran sebelum melaporkan berita.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media juga berperanan membentuk akal, budi yang bertanggungjawab di kalangan masyarakat di negara ini.

“Berbeza pendapat tidak mengapa, tetapi kita perlu cari kebenaran,” kata Najib pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri  Bersama Media di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam semalam.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment