Friday, July 03, 2015

Tolak Projek Perumahan Rakyat : Alasan Guan Eng Amat Memalukan Dan Hipokrit

3 Julai 2015, Kuala Lumpur : Pemuda UMNO negeri ini sedikit pun tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek perumahan kos rendah kendalian 1Malaysia Development berhad (1MDB) di negeri terbabit.

Ketuanya Rafizal Abdul Rahim berkata walaupun projek berkenaan adalah untuk manfaat dan kepentingan rakyat, sikap yang diterjemahkan oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri sesuatu yang sudah dijangka dan alasan yang diberikan amat memalukan serta penuh hipokrasi.

“Rata-rata rakyat pelbagai peringkat masih memerlukan tempat tinggal untuk berteduh dan meneruskan kehidupan seharian. Tugas dan tanggungjawab kerajaan adalah untuk membela nasib rakyat.

“Namun kita tidak peliklah dengan apa yang berlaku hari ini kerana sebelum ini pun telah banyak berlaku pelbagai kontroversi yang melibatkan birokrasi daripada kerajaan negeri. Contoh terdekat projek JKP Sdn Bhd dengan PERDA.
mana-ada-janji-dap-penang-lim-guan-eng-tipu-bohong-rakyat
“Apa yang kita kesalkan adalah belum apa-apa lagi dah keluarkan kenyataan. Kerajaan persekutuan hanya mahu melaksanakan tanggungajawab dan bukannya mempunyai apa-apa motof sepertimana yang difikirkan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Online, di sni, hari ini.

Dilaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin tidak akan meluluskan projek berhubung projek perumahan kos rendah kendalian 1Malaysia Development berhad (1MDB). di DUN Air Putih.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak berjanji untuk beri kelulusan kepada projek perumahan jika 1MDB bercadang membeli tanah di DUN berkenaan. Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang janji memberi kelulusan projek perumahan kerana tanah kawasan berkenaan membabitkan lebih 3,000 keluarga.

Rafizal seterusnya menambah ‘keprihatinan’ Guan Eng terhadap lebih 3,000 penduduk sepertimana yang didakwa cukup menimbukan persoalan.

“Apakah keistimewaan yang sama diberikan kepada beberapa kawasan seperti Kg Buah Pala, Kg Pokok Asam, Kg Bagan Ajam dan beberapa kampung yang lain. Sekadar pertanyaan dan kita rasa rakyat berhak tahu.

“Lagi pun ini bukannya apa-apa pun. Ini adalah projek perumahan. Jika kerajaan negeri tidak mampu apa salahnya bersama-sama dengan mana-mana pihak termasuklah kerajaan Persekutuan menerusi langkah yang diambil oleh 1MDB ini.

“Janganlah asyik fikir soal politik. Rakyat juga perlu diberi penekanan khususnya soal perumahan ini. Soal rumah adalah perkara yang cukup penting untuk dilaksanakan,“ katanya.

Sebelum PRU 13 lalu, PM, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan pusat akan membina 9,999 rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di tiga kawasan di Pulau Pinang.

Kerajaan pusat melalui 1MDB menandatangani perjanjian untuk membeli tanah bagi membina 2,222 rumah kos rendah dan 1,111 rumah mampu milik masing-masing di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong lengkap dengan pelbagai kemudahan rekreasi. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment