Wednesday, July 01, 2015
Ziela Jalil Mohon Maaf Jika Dramanya Dianggap Terpesong...Inilah Fikiran Manusia Tak Semuanya Setuju Semua
1 Julai 2015, Petaling Jaya : Penerbit drama Ziela Jalil memohon maaf kepada mana-mana
pihak yang kurang senang dengan beberapa adegan dalam drama terbitannya,
Dia Isteri Luar Biasa yang dianggap terpesong daripada ajaran agama
Islam.
Ziela berkata, dia mengambil komen-komen tersebut secara positif namun
menyifatkan drama-drama penerbitannya itu masih lagi ada unsur-unsur
teladan yang boleh diambil contoh.
"Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda
yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda
yang kita tidak boleh buat dalam drama.
"Bukan senang... Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat
kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk
mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan
rindu.
"Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran
terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan
datang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Ziela yang juga penerbit Pena Kreatif Sdn Bhd diminta mengulas surat
terbuka kiriman pembaca di sebuah blog kepadanya yang mengkritik drama
itu kerana memaparkan adegan tidak sepatutnya ataupun mengundang
maksiat.
Ini kerana terlalu banyak adegan mesra secara berlebih-lebihan lakonan
Fathia Latiff dan Shukri Yahya sebagai suami-isteri sehingga menimbulkan
rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama
anak-anak.
Individu berkenaan turut berkata, drama-drama seperti itu mampu
merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan
boleh mengundang kekeliruan antara ajaran dan drama yang dipaparkan
sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri di luar drama.
Sementara itu, Ziela berkata, golongan penerbit sepertinya tidak patut
dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak rosak akhlak dan ia tiada kaitan
langsung dengan drama tersebut.
"Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu
tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama
lain.
"Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri," tegasnya.
Drama Dia Isteri Luar Biasa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3.
Episod terakhir drama bersiri itu telah disiarkan pada Selasa.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment