Wednesday, February 10, 2016
Ada Ke Orang Berakal Percaya Dengan Fitnah Ini .....?
Sekeping gambar kononnya menunjukkan sebuah kereta mewah dengan nombor
pendaftarannya tertulis, 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA' digunakan
sebagai kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Proton
Perdana, cuba digambarkan dan dipersepsikan kononnya Datuk Zahid sudah
tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan
mempersiap-siapkan diri dengan pelbagai kereta-kereta mewah yang tidak
pernah dimilikinya selama ini.
Agak malang kerana berita tersebut disanggah dengan pantas apabila ada
pihak memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kedudukan kereta
tersebut.
Nak menjatuhkan Barisan Nasional bukan begini caranya... seperti yang
mereka sendiri katakan, nak kalahkan dan hapuskan terus Pakatan bukannya
susah, cukup dengan mengerat nama Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Nik
Aziz, musnahlah Pakatan Rakyat. Setakat video rasuah dengan Anwar
Ibrahim tungging terbalik di atas perut betina jantan, tidak akan
mengurangkan kekuatan tersebut kerana perbuatan seperti itu sudah
diterima secara menyeluruh oleh para penyokong mereka.
Jadi, kalau betul-betul nak jatuhkan Zahid Hamidi atau mana-mana
pemimpin UMNO bahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun, eloklah mereka
sendiri kotakan apa yang mereka katakan apabila gambar bogel Anwar
Ibrahim diviral dalam media sosial dan videonya dijaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment