Wednesday, February 10, 2016
Lantikan Pegawai Kanan GLC Melaka Akan Dibuat Secara Kontrak – Ketua Menteri
MELAKA : Semua lantikan pegawai kanan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) Melaka akan dibuat secara kontrak, bukan lagi lantikan
tetap seperti sebelum ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan prestasi pegawai kanan dan GLC terbabit pada tahap terbaik.
Langkah ini akan dilaksana tidak lama lagi, katanya dalam sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerajaan negeri, di sini
hari ini.
“(Sama ada) kontrak mereka disambung atau tidak bergantung kepada prestasi dan keupayaan mereka sendiri,” kata Idris.
Beliau berkata langkah itu akan melibatkan 63 GLC.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment