Wednesday, February 10, 2016
Adenan Satem Berpuas Hati Dengan Bantuan Banjir Yang Disalurkan
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berpuas hati dengan tindakan pantas
semua agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana negeri, memindah dan
menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini, sejak semalam.
"Saya datang ke sini (pusat pemindahan) untuk memastikan setiap bantuan yang disediakan kerajaan sampai kepada mangsa banjir.
"Saya berpuas hati dengan kelancaran pengurusan bencana yang dilaksanakan oleh semua agensi," katanya.
Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Jamilah Anu; Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul
Karim dan Panglima 1 Divisyen Infantri, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw.
Adenan berkata, keadaan banjir ini telah menunjukkan perkembangan
positif, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana air pasang
besar diramalkan berlaku selama beberapa hari lagi disertai hujan
berterusan.
Sementara itu, Rohani berkata, bantuan dan pusat pemindahan akan dibuka dalam tempoh dua jam sebaik bencana diketahui.
"Dalam tempoh dua jam, pasukan penyelamat dan wakil agensi terbabit
mesti berada di pusat pemindahan bagi memberi bantuan kepada mangsa yang
terjejas," katanya.
Rohani berkata, selain itu, pihaknya juga berhubung dengan pemimpin
komuniti setempat untuk melaksanakan langkah awal sementara menunggu
kehadiran pasukan penyelamat dan wakil agensi membuka pusat pemindahan.
Kita sudah melatih komuniti setempat untuk menangani situasi sebaik sahaja kawasan penempatan mereka dilanda banjir," katanya.
Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa memantau paras air di semua
sungai utama dan pada jam 5 petang kelmarin, pintu air di Baraj Sungai
Sarawak dibuka kerana dihuatiri paras air laut lebih tinggi dari air
sungai berikutan air pasang besar dianggarkan mencecah 5.9 meter.
Sehingga petang, seramai 722 mangsa banjir daripada 163 keluarga masih
ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir iaitu di Taman Malihah
seramai 469 mangsa, Sungai Lumut (28), Kampung Pengkalan Bau (64),
Sekolah Kebangsaan Siniawan (52), Chung Hua Sejijak (51) dan
Masjid.Darul Ehsan Bau (58).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment