Pelbagai hasutan dan fitnah yang direkacipta bagi membusukkan nama beliau, serta mengaitkannya dengan kontroversi Zahid ‘bersama’ kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh.
Fitnah tersebut menyatakan kononnya adik Zahid, Datuk Abdul Hakim Hamidi sebenarnya yang menjadi dalang dan terlibat secara langsung dalam urusan dan proses menyediakan tenaga kerja asing Bangladesh ke Malaysia.
Hakim lah yang terlibat dan menjadi ‘orang dalam’ dalam kegiatan membawa masuk warga Bangladesh. Kononnya macam orang perantaraan la, antara Malaysia dengan Bangladesh. Itulah yang didakwa oleh sesetengah pihak yang sengaja menggunakan namanya bagi membusukkan dan memburukkan nama Zahid.
Walaupun pekerjaannya mempunyai kaitan dengan proses kemasukan warga asing, namun syarikatnya hanya berminat untuk melakukan kerja-kerja menyediakan sistem pengurusan pekerja asing.
Sebenarnya cadangan perisian tersebut merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan langsung tiada kaitan dengan pihak kerajaan di Malaysia.
"Saya pada awalnya memang berhasrat untuk menyediakan satu perisian kepada pihak NGO di Bangladesh atas dasar untuk membantu mereka (pihak Bangladesh) agar seleras dengan teknologi yang digunakan di negara ini.
“Ia (perkhidmatan perisisn yang disediakan itu) langsung tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, agensi ataupun NGO yang berada di negara ini” katanya.
Nasib badan la kan… Tak tahu hujung pangkal tapi suka-suka hati je fitnah orang. Si pengfitnah pula pakai main sembur je langsung tak siasat dulu kebenaran fakta. Main belasah je, asalkan dapat busukkan nama orang yang dikehendaki mereka. Huhhhh, sedih betul hidup mereka-mereka ni...
No comments:
Post a Comment