Thursday, February 18, 2016
Adakah KJ Mahu Masa Depan Anak Muda Malaysia Musnah??
Sebut saja pasal ganja, pasti orang ramai tahu benda itu merupakan
sejenis dadah yang merosakkan anak bangsa.... Tapi, bagi Ahli Parlimen
Belia Selangor Ridhwan Muhamad Rusli, ganja bukanya sejenis dadah.
"Ganja bukan dadah... Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui
di peringkat akar umbi," kata Ahli Parlimen Belia Selangor itu menerusi
laman Twitter.
Kebodohan apakah yang ditunjukkan Ahli Parlimen Belia ini??? Adakah
mereka ini tidak menimba ilmu ketika dibangku sekolah, ataupun telah
dipengaruhi dadah ketika mengeluarkan kenyataan ini???
Sudah terang lagi bersuluh ganja merupakan sejenis dadah dan menjadi
kesalahan sekiranya menghisap... Tanya budak-budak pun tahu apa hukumnya
menghisap ganja.
Jikalau ganja bukan sejenis dadah, adakah ganja ini sejenis ubat kuat
ataupun ubat tahan lama?? Sesuka hati ja cakap ganja bukan sejenis dadah
dan mahu kerajaan mengkaji semula kesalahan menghisap ganja.
Sudahlah kata ganja bukan dadah, pastu mahu pulak kerajaan mengikut
negara luar membenarkan mereka untuk bebas menghisap ganja sepertimana
seseorang itu bebas menghisap rokok.... Makin pelik-pelik Ahli Parlimen
Belia dibawah 'payungan' KJ ni.
KJ pula dilaporkan seakan bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Belia
Selangor ini, apabila cadangan yang dimuat dilaman Twitter di 'retweet'
oleh Menteri Belia dan Sukan itu.
Kalau mahu ikut negara luar pun, janganlah diikutkan benda yang tidak
elok dan bodoh.... Ikutlah benda yang membawa faedah kepada negara
mahupun diri sendiri.
Takkan tu pun Ahli Parlimen Belia tak dapat nak fikir... Takkan Ahli
Parlimen Belia dan KJ nak masa depan anak muda di Malaysia ni musnah?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment