Thursday, February 18, 2016

Zahid Puji Kesabaran Najib Sepanjang 40 Tahun Dalam Arena Politik

http://2.bp.blogspot.com/-XBL9RWVl0j0/VbeAPlG3vPI/AAAAAAAApos/Zxx0jkb2slc/s1600/FW409001_PTJ08_280715_PM1-e1438070247949.jpg
Kesabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib sepanjang 40 tahun menjalankan tugas dalam arena politik, mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, beliau kagum dengan sifat kesabaran tinggi yang ada didalam diri Najib... Bukan setakat Zahid sahaja yang kagum, kita juga kagum dengan sikap kesabaran tinggi yang ada dalam diri Najib.

Sifat kesabaran yang tinggi Najib Razak perlu dikagumi, kerana sifat ini tidak ada pada semua orang.... Hanya mereka yang berjiwa 'pahlawan' sahaja mempunyai sifat kesabaran tinggi ini.

Seperti kita tahu, Najib sering di asak oleh mereka yang tidak menyukainya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Walaupun Najib diserang dengan fitnah yang mahu memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor 1 negara, Najib masih mampu bersabar dan tidak pernah melenting.

Cuba bayangkan satu fitnah telah dilemparkan kepada kita, sudah pasti kita akan cepat melenting kerana perkara itu tidak dilakukan oleh kita.... Silap-silap hari bulan, orang yang melemparkan fitnah itu boleh pecah muka.

Jadi, amat tepatlah sekiranya kita sama-sama mengagumi sifat kesabaran yang ada pada diri Najib... Lagipun, untuk menjadi pemimpin perlu mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

Kalau takda sifat kesabaran yang tinggi, jadi macam Mat Sabu lah jawabnyeee.... Takda kesabaran punya pasal sampai pi baling mikropon.... Hahaha....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment