![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe2UjxkdJGaFUP_0POOTFlfo_N-82eG2EY7mU5qktz9E2bKrx8p4puJQusKWID_4zMs57aohWTKcYB-EUZKjXk_2Zh7ZPradXtw6etueGn_OZxXgjCfTtCoHKf25f3vknZeCF_1saIaQ0m/s1600/nurul_izzah3.jpeg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe2UjxkdJGaFUP_0POOTFlfo_N-82eG2EY7mU5qktz9E2bKrx8p4puJQusKWID_4zMs57aohWTKcYB-EUZKjXk_2Zh7ZPradXtw6etueGn_OZxXgjCfTtCoHKf25f3vknZeCF_1saIaQ0m/s1600/nurul_izzah3.jpeg)
Thursday, February 18, 2016
Nurul Izzah Mahu Malaysia Jadi Negara TANPA Undang-undang
![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe2UjxkdJGaFUP_0POOTFlfo_N-82eG2EY7mU5qktz9E2bKrx8p4puJQusKWID_4zMs57aohWTKcYB-EUZKjXk_2Zh7ZPradXtw6etueGn_OZxXgjCfTtCoHKf25f3vknZeCF_1saIaQ0m/s1600/nurul_izzah3.jpeg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe2UjxkdJGaFUP_0POOTFlfo_N-82eG2EY7mU5qktz9E2bKrx8p4puJQusKWID_4zMs57aohWTKcYB-EUZKjXk_2Zh7ZPradXtw6etueGn_OZxXgjCfTtCoHKf25f3vknZeCF_1saIaQ0m/s1600/nurul_izzah3.jpeg)
Bila kerajaan mahu membuat pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), mula
laa pemimpin pembangkang menyalak menyalahkan kerajaan, kononnya
kerajaan takut dan mahu melindungi kesalahan yang dilakukan pemimpin
kerajaan.
Menurut Nurul Izzah Anwar, kerajaan takut dengan pendedahan yang sering
dilakukan pemimpin pembangkang dan mereka yang sering membocorkan
maklumat sulit kerajaan sehingga sanggup membuat pindaan OSA.
"Ada apa pada OSA sehingga perlu dipinda? Adakah ini sebagai cubaan
untuk lindungi rahsia Pak Menteri semata-mata," kata Nurul Izzah.
Apa kejadahnya kerajaan nak takut dengan pendedahan yang banyak kali
terbukti tak betul.... Lagipun, salahkah kerajaan mahu mengetatkan lagi
undang-undang mengikut peredaran zaman.
Kalau dilihat, pada zaman ini terlalu banyak pendedahan 'mengarut yang
dilakukan sehinggakan boleh dijatuhkan hukum fitnah... Sebagai contoh,
tuduhan pemimpin pembangkang kononnya Lembaga Tabung Haji yang
dikendalikan badan kerajaan telah bankrap.
Disebabkan tuduhan mengarut pemimpin pembangkanglah yang menyebabkan
pelabur dalam tabungan itu mulai takut, dan mengeluarkan semua wang
simpanan yang ada di dalam lembaga tersebut.
Jadi, elok sangatlah kerajaan mengambil keputusan untuk mengubah Akta
Rahsia Rasmi 1972 bagi mengetatkan lagi peraturan, sekaligus dapat
melancarkan pentadbiran negara memacu ekonomi negara di mata dunia....
Itu pun tak faham ke??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment