Thursday, February 18, 2016

Nazri, Guan Eng Dan Kit Siang Mahu Rakyat Malaysia Baik Pada Warga Bangladesh?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Malaysia agar menjadi tuan rumah berbudi bahasa kepada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini untuk menyumbang kepada sektor tidak diminati rakyat tempatan.

Katanya, sumbangan imigran Bangladesh itu tidak boleh dipandang enteng kerana ada industri akan lumpuh tanpa sumbangan mereka.

"Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi kita.

"Kita perlukan mereka, maka jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana mereka melakukan kerja yang tidak dikehendaki rakyat Malaysia," katanya sewaktu mengulas rancangan Putrajaya membuka pintu kepada rancangan Dhaka menghantar 1.5 juta orang tenaga kerjanya keluar dari Bangladesh.

Nazri berkata, rakyat Malaysia tidak perlu terkejut dengan angka 1.5 juta kerana ia tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara yang memerlukan rakyat mereka dan tidak terhad hanya kepada Malaysia semata-mata.

"Ia tidak bermakna 1.5 juta orang akan datang ke Malaysia.

"Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk," katanya pada sidang media semalam.

"Mereka tak ambil kerja kita pun. Mereka buat kerja yang kita tak mahu lakukan," kata Nazri selanjutnya.

Mungkinkah pandangan Nazri ini juga dikongsi dan dipersetujui bersama oleh dua rakan karibnya iaitu Guan Eng dan Kit Siang? Tak mustahil juga memandangkan mereka bertiga sentiasa akrab apabila bersama. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment