Wednesday, February 10, 2016
Ahli-Ahli PAN Tunggu Masa Tinggalkan MAT SABU
Nampaknya tidak lama lagi ramailah ahli Parti Amanah Negara (PAN) yang
akan meninggalkan Mohamad Sabu untuk kembali menyertai PAS.
Ini bukan satu dakyah sebaliknya ia diakui sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut dan enggan membuat
pengumuman mengenainya namun PAS masih memberi peluang kepada ahli PAN
untuk menyedari kesilapan mereka kerana keluar dari PAS.
“Kami tidak mahu membuat pengumuman besar mengenai perkara ini tetapi
apa yang pasti mereka telah kembali kepada PAS. Kita juga memberi
peluang kepada ahli PAN untuk menyertai semula PAS,” katanya yang
dipetik sebagai berkata di Kota Baru semalam.
Jika ramai yang keluar PAN maka apa akan jadi kepada PAN selepas ini.
Sebelum ini pun pemimpin PAS sudah meramalkan bahawa PAN tidak akan
bertahan lama.
Malahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menegaskan
bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan PAN yang disifatkannya sebagai
`pengkhianat’.
Apatah lagi kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN),
Salahudin Ayub yang menyifatkan PAS kini sebuah parti yang kabur dan
tiada hala tuju telah mencetuskan kemarahan penyokong dan pemimpin PAS.
Bukan itu sahaja, ahli PAS sendiri enggan menggelar PAN dengan nama
AMANAH kerana mereka menganggap parti itu tidak layak menggunakan nama
berkenaan (Amanah). Ini kerana ahli PAN telah mengkhianati penyokong PAS
yang mengundi mereka pada PRU lalu.
Apapun PAN perlu menerima realiti kerana sebagai parti baru, ia belum teruji lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment