Wednesday, February 10, 2016

Benarkah 1MDB Tiada Jasa Kepada Rakyat?

DS Najib dan 1MDB dihina sehina-hinanya seolah-olah tiada setitik pun sumbangan kepada rakyat. Pembangkang dan penyokong-penyokongnya setiap waktu membuat publisiti buruk ke atas 1MDB yang menyebabkan syarikat pelaburan itu dipandang keji di mata orang ramai.

Hinggakan, syarikat pelaburan 1MDB kini dilihat langsung tidak berjasa kepada negara walaupun banyak menghulurkan bantuan kepada golongan jemaah haji dan golongan kurang berkemampuan.

Sebenarnya buta mata lebih baik dari buta hati. Dalam beberapa drama Melayu yang di tayangkan di dalam TV1, TV3 atau Astro menggambarkan beberapa contoh manusia yang buta hati. Misalnya darama Bila Hati Sudah Hitam dan Sayap Jibrail. Orang yang buta hati tidak nampak atau saja-saja buat tak nampak terhadap perkara baik orang lain. Mereka hanya mereka-mereka atau mengungkit-ngungkit keburukan orang lain.

Malah kadang-kadang yang menghamburkan kata nista, kejian, kutukan dan hinaan itulah yang menerima atau mendapat faedah dari orang yang dibencinya.

Ketika beberapa negeri dilanda banjir besar pada tahun 2014, pelbagai pihak berlumba-lumba menyalurkan bantua kepada mangsa banjir. Ada yang cuma menyumbang kepada 'orang-orang' mereka sahaja. Namun 1MDB memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sama ada 'orang-orang kita' atau 'bukan orang-orang kita'. Makan makanan sumbangan 1MDB, baring di atas tilam 1MDB, berselimut dengan selimut 1MDB dan lain-lain yang disumbangkan oleh 1MDB. Yang peliknya mereka tidak rasa jijik menyuap makanan dan minuman sumbangan 1MDB. Mereka juga selesa dan tidur nyenyak bertilam dan berselimut sumbangan 1MDB.

Begitu juga yang dapat menunaikan Haji dengan segala kos ditanggung oleh 1MDB. Tidak ada pulak jemaah haji 'orang belah sana' yang terpilih menolak. Tak ada pulak anak-anak atau cucu-cucu kepada bapa atau datuk mereka yang terpilih menunaikan haji tajaan 1MDB melarang atau meminta bapa atau datuk mereka menolak tawaran menunaikan haji yang ditaja oleh 1MDB.

1MDB telah program untuk membantu rakyat kurang mampu untuk menunaikan haji. 1MDB membiayai sepenuhnya kos menunaikan haji. Jumlah jemaah haji yang dibiayai oleh IMDB menerusi program khas haji itu sentiasa meningkat iaitu sebanyak 111 pada tahun pertama (2011) kepada 400 pada 2012, manakala 800 pada tahun 2013, 1,000 orang pada tahun 2014 dan 1200 orang pada tahun 2015. Guru Sekolah pondok, imam-imam, JKKK yang layak di seluruh negara dipilih untuk menyertai program ini. Mereka terdiri dari rakyat 'orang kerajaan' dan 'orang sebelah sana' yang anak-anak atau cucu-cucu mereka setiap hari mengutuk, mengkeji dan menghina 1MDB.

Kaki-kaki kutuk, hina dan keji 1MDB menolak atau menerima sumbangan atau bantuan daripada 1MDB yang diberi kepada mereka sendiri, bapa atau datuk mereka ....? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment