Tuesday, February 09, 2016
Ahmad Zahid Hadiri Perjumpaan Khas Dengan UMNO Johor
JOHOR BAHARU : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi bertemu kira-kira 1,000 anggota UMNO Johor dalam satu
majlis perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di
sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO tiba pada 3.15 petang dan
meluangkan masa lebih sejam untuk menghadiri perjumpaan itu, yang turut
dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein
yang juga Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Mohamad Aziz.
Beberapa timbalan menteri dari Johor termasuk Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri
Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri juga menghadiri mesyuarat
itu.
Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengadakan satu pertemuan tertutup dan
majlis makan tengahari bersama Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah
hotel di Bandar raya ini.
Pada sebelah pagi, beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment