Wednesday, February 10, 2016
Anak Perempuan Mukhriz Mahu Ikut Jejak Nurul Izzah?
Selepas anak perempuan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah meluahkan perasaan ekoran penghinaan masyarakat yang
mempertikaikan kelulusan akademik ayahnya, kini anak perempuan Datuk
Seri Mukhriz Mahathir pula berbuat sedemikian.
Meluahkan isi hati melalui laman Instagram, Meera Alyanna Mukhriz
melahirkan rasa terkilan ayahnya yang disifatkannya seorang individu
yang baik, digulingkan daripada jawatan menteri besar itu.
Beliau bagaimanapun berbangga menjadi anak kepada Mukhriz dan walau apa
pun yang terjadi, akan tetap memandang tinggi ayahnya sebagai seorang
yang berintegriti, tabah dan kuat semangat.
Amat menyakitkan apabila melihat orang yang baik digugurkan, tetapi ada
seseorang pernah berkata kepada saya, Allah mempunyai rancangan untuk
kita semua," katanya.
"Saya tidak akan berpura-pura saya tahu tentang politik. Malah, saya tak
tahu apa-apa pun tentangnya. "Tetapi, mengenali ayah secara peribadi,
saya tahu ayah seorang yang hebat," tulisnya di dalam Bahasa Inggeris,
di laman Instagramnya menggunakan nama @ally.mukhriz.
Cucu Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menambah, ayahnya begitu
berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri besar, sejak
dilantik pada 2013, malah sukar meluangkan masa bersama.
"Oleh kerana ayah begitu sibuk, saya menghargai masa (kadang-kadang
hanya beberapa jam saja dalam seminggu) yang saya dapat untuk dihabiskan
bersama ayah."Ayah akan menggalakkan saya kenal artis tempatan Kedah
atau pakaian baru buatan tempatan.
"Tidak lupa juga, bagaimana terujanya ayah pada setiap perlawanan bola
sepak. Go hijau kuning!," tulisnya.Beliau turut menghargai sikap
prihatin yang ditunjukkan rakyat terhadap nasib yang menimpa ayahnya dan
mengucapkan terima kasih.
Mukhriz sebelum ini terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah
selepas tidak mendapat kepercayaan dari majoriti exco didalam
pentadbiran negeri. Selain itu, Mukhriz juga melepaskan jawatan beliau
selepas perselisihan faham antara bapanya dan juga Perdana Menteri DS
Najib Tun Razak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment