Wednesday, February 10, 2016

Pembangkang Masih Perlukan Anwar Ibrahim - Nurul Izzah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/izzahanwar.jpg
Ramai pengkaji politik menyarankan PKR supaya menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua atau tokoh pembangkang, seandainya parti itu mahu menjadi kuat sekaligus dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Menurut pengkaji politik di negara ini, aura atau zaman Anwar telah berlalui dan perlu diganti oleh pemimpin baru yang berpengalaman dan berpengaruh, seandainya pembangkang mahu mentadbir negara pada masa hadapan.

Walaupun disarankan supaya kaki liwat itu digantikan oleh pemimpin yang baharu, Naib Presiden PKR yang juga merupakan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tampil mempertahankan kedudukan bapanya sebagai ketua dan tokoh pembangkang.

Izzah berkata, walaupun zaman bapanya telah berlalu ekoran umurnya yang semakin meningkat, ia bukanlah satu alasan yang kukuh untuk bapanya diganti oleh pemimpin baru.

Nurul Izzah mengambil contoh pemimpin di Amerika Syarika iaitu Bernie Sanders yang masih meneruskan perjuangan dalam politik membela nasib golongan bawahan, walaupun umurnya menjangkau 74 tahun.

Mungkin Izzah terlupa bahawa perjuangan bapanya dengan Bernie Sanders begitu jauh sekali umpama langit dan bumi... Mana tidaknya Bernie Sanders memperjuangkan untuk membela nasib golongan bawahan, namun Anwar memperjuangkan untuk apa??

Perjuangan itu yang membezakan antara 2 tokoh ini dimana Bernie Sanders memperjuangkan hak golongan bawahan berbanding Anwar yang memperjuang untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, kita dapat melihat sendiri perjuangan PKR semakin terpesong apabila asyik berjuang untuk Anwar dibebaskan dari penjara atas kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.

Jadi, adakah anda sebagai pengundi mahukan parti yang hanya sibuk berjuang untuk membebaskan si peliwat untuk mentadbir negara?? Tepuk dada tanyalah selera...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment