Tuesday, February 09, 2016
Azmin Tergugat Dengan Calon MB Dari DAP
Angin kuat sedang melanda kerusi Menteri Besar Selangor di SUK.
Kemungkinan besar kerusi MB Selangor selepas PRU14 akan datang akan
diserahkan kepada calon DAP berketurunan Melayu yang sedang digilap oleh
Guan Eng untuk menguasai Selangor.
Strategi politik yang digunakan oleh DAP amat licik apabila Azmin
sehingga hari ini masih lagi berkira-kira untuk memutuskan hubungan
dengan PAS sedangkan diperingkat pusat DAP dan PKR sudah pun menemui
pengganti PAS iaitu PAN yang bakal menarik sokongan serta undi orang
Melayu agar terus kekal bersama Pakatan Harapan.
Aziz Bari, bekas calon Parlimen Sabak Bernam pada PRU13 adalah calon
yang sesuai bagi DAP untuk menjadikan Selangor sebuah lagi negeri di
bawah jajahan DAP. Aziz Bari yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR
dengan menyingkirkan calon sebelum ini Badrul Amin telah pun menjadi
ahli DAP dan akan terus bergerak bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu
daripada PAS.
Konflik semakin melebar apabila ada sumber yang mengatakan perjanjian
ini telah dibentangkan oleh DAP dalam mesyuarat Pakatan Harapan
baru-baru ini untuk menyingkirkan Azmin dari kerusi MB dan menggantikan
dengan MB dari DAP atas alasan ADUN DAP adalah yang paling banyak menang
di Selangor berbanding PKR dan PAS.
Jadi, besar kemungkinan pada penggal hadapan kita rakyat Selangor akan
mendapat seorang Menteri Besar DAP yang pertama di Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment