Tuesday, February 09, 2016
Pengalaman Zahid Sejak Bergelar YAB Pulang Ke Bagan Datoh....... Masih Macam Dulu-Dulu
Siapa kata Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
sudah berubah serta melupakan kawan-kawan lama terutama di kawasan
parlimennya, Bagan Datoh apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri tahun lalu?
Jikapun ada mereka yang terlepas pandang seperti biasa ia adalah kerana
kesibukan selaku tugas yang diamanahkan Perdana Menteri Najib Razak
kepadanya apabila Perdana Menteri melakukan rombakan cabinet tahun lalu.
Lagipun protocol agak ketat bagi mana-mana penjawat jawatan kedua
penting negara itu dalam konteks berurusan dengan orang ramai. Kitapun
tentu tak mahu TPM kita dilayan macam biasa-biasa sahaja oleh sesiapa
sahaja.
Kita tentu masih ingat bekas TPM, Pak Sheikh pernah duduk di seat depan
sewaktu menjadi timbalan menteri ketika pulang ke kawasan Permatang
Pauh. Bila sudah jadi menteri lebih-lebih lagi TPM, keadaan berubah.
Timbul kata-kata sinis dari kawan lama yang menganggap tokoh itu sudah
“berubah.”
Namun hakikatnya tidak ada beza duduk di depan atau belakang. Agak
janggal bagi TPM atau menteri (yang mempunyai pengawal peribadi) memilih
duduk di kerusi depan sedangkan bodygaurd duduk dibelakang.
Bagi Zahid yang lahir di Bagan Datoh keadaan dahulu dan sekarang sama
sahaja. Setiap kali berada di kawasan,Zahid masih mengenakan baju Melayu
dan memakai kain pelikat serta berkopiah dengan hanya memakai sandal
menghadiri program. Dan jika sesiapa sahaja“rajin” menghadiri
programnya di Bagan Datoh, mereka secara mudah boleh menemuinya. Mereka
tidak akan dihalang.
Jika anda di Bagan Datoh usah terkejut jika ramai membawa sampul untuk
diserahkan kepada TPM. Bukannya apa mereka meminta khidmatnya selaku
wakil rakyat mereka.
Zahid seperti sebelum jadi TPM masih pulang ke Bagan Datoh menemui para
pengundi. Masih dengan charater lama sering tersenyum serta suka
bertanya khabar mereka yang berselisih bahu ketika beliau melawat
kawasan. Masih juga menggunakan loghat jawa ketika berinteraksi dengan
masyarakat jawa di sini.
Beberapa bulan lalu beliau hadir merasmikan pesta air. Walaupun tidak
ramai hadir seperti dijangkakan pada ketika itu, mungkin kelemahan
pihak penganjur memikir aspek ini, namun Zahid tetap gembira kerana
pesta itu berjaya menepati sasaran penganjur.
Jikapun ada kelainan dari segi kepulangannya sejak bergelar YAB, Zahid
diiringi dengan bunyi siren dari motosikal berkuasa tinggi polis. Jika
dulu tidak ada kenderaan polis mengiring, kali ini agak lain. Macam juga
TPM sebelum ini, selain dikawal ketat oleh pihak polis, bunyi siren
dari motosikal pengiring sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Ironinya bunyi siren polis selain menggambarkan kehadiran Zahid juga
menjadikan orang ramai “berhenti sejenak” dari aktiviti. Ia juga satu
sejarah buat mereka kerana pertama kali anak kampung mereka bergelar
YAB. Lantas bunyi siren polis tidak pernah dianggap mengganggu malah
dianggap sebagai sesuatu yang perlu dan amat membanggakan mereka.
Dalam perkembangan terbaru (Sabtu) yang lebih menarik lagi apabila
secara mengejut beliau bersetuju untuk hadir bersarapan di rumah rakan
lama , Beng Song Wan, 53 tahun yang dikenalinya lebih 25 tahun.
Kediaman Beng di Taman Dewa Bersatu, Hutan Melintang bertukar menjadi
sebuah venue sambutan pra-tahun baru Cina dengan kehadiran kira-kira 100
orang. Keluarganya juga teruja.
Bagi keluarga Beng seperti isterinya, Tiang Mee Ling, 48, ibunya, Cheah
Seoh Lian, 75 dan dua oang anak ,kehadiran Zahid, yang mereka kenali
berpuluh tahun, sangat bererti lebih-lebih lagi menjelang tahun baru
Cina.
Antara hidangan disediakan ialah nasi lemak rendang ayam, ubi rebus
sambal ikan bilis, soto, pecal, lempeng bakar, tepung talam, kuih bakul,
limau Mandarin dan lain lagi.
Walaupun menunya bukanlah menu masakan Cina namun hakikatnya Beng yang
juga dikenali dengan panggilan Bujang, sedar menu disediakan adalah
makanan kegemaran penduduk di sini.
Cerita lanjut begini: Dua hari lalu,masa itu Zahid di Beijing atas
urusan rasmi apabila Beng, seorang peniaga tempatan mengirim SMS
bertanyakan jika TPM “free” untuk datang ke rumahnya dan bersarapan.
Sebaik jawapan positif diterima, Beng buat persiapan rapi maklum sahaja
ia bakal dihadiri TPM. Pagi tadi (Sabtu),kira-kira 100 orang menyertai
Zahid bersarapan di rumah Beng. Keluarga Beng termasuk anak-anak dan
isteri serta ibunya seperti memperoleh ang pau sempena Tahun baru cina.
Lebih manis buat ibu Beng, mengambil kesempatan menyampaikan ang pau bersampul merah kepada TPM.
Benar bagi Zahid menghadiri rumah terbuka tahun baru cina dikawasan
parlimennya sudah diamalkan sejak puluhan tahun sejak bergelar YB. Dia
bukan setakat hadir dan bersalam-salaman,juga makan makananan yang
disajikan.
Justeru jika timbul pertanyaan, Zahid sudah berubah ramai geleng kepala
tanda tidak percaya. Mereka akan ketawa jika tuduhan itu dibuat sendiri
oleh penduduk di kawasan parlimen berkenaan.
Jikapun ada yang tidak ditemui dalam lawatan turun padang seperti biasa
ia adalah kerana kesibukan tugas yang baru yang diamanahkan Perdana
Menteri Najib Razak kepadanya. Itu sahaja tetapi bab sudah berubah,
seperti beberapa wakil rakyat yang lain,ia adalah tidak benar.
Sementara itu ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di
Sungai Sumun sejurus selesai bersarapan, Zahid menceritakan pengalaman
manis ketika menghadiri program bersarapan.
Dan ucapannya Timbalan Perdana Menteri bercakap hal berkaitan “budaya
berbaik-baik” dan lantas mencadangkan pendidikan asas silang budaya
perlu diberi penekanan dalam sukatan pelajaran negara. Ia bertujuan
memupuk perpaduan antara kaum yang kini dilihat semakin terjarak.
Katanya sistem pendidikan silang budaya harus diutamakan supaya semua bangsa dapat memahami budaya dan bahasa bangsa lain.
"Saya cadangkan ini kerana saya melihat dibawah tidak ada pertemuan yang
timbul dengan baik kerana tidak ada silang budaya yang telah diterapkan
daripada pelajaran pra sekolah ataupun tadika kerana
perbedaan-perbedaan inilah menyebabkan jarak ini yang tidak dapat
mempertemukan pelbagai kaum budaya dan bangsa.Ini kerana kita sebagai
rakyat Malaysia harus mencari titik pertemuan dan bukan mencari titik
perbedaan."
Zahid berkata silang budaya akan membolehkan pemahaman antara pelbagai
latar belakang rakyat Malaysia dan perpaduan pula dapat diberikan
penekanan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment