Mereka menjaga kepentingan kamu mereka. Jika pemimpin mereka merasakan mereka tidak mampu, mereka silih berganti meletak jawatan. Parti-parti politik kaum mereka silih berganti menjaga kepentingan kaum Cina tanpa menjadikan ideologi politik masing-masing sebagai halangan.
Kaum Melayu ? Semenjak Mahathir memerintah kepentingan kaum Melayu semakin terhakis. Orang mungkin menyanjung Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri yang cemerlang. Bagi saya tidak. Mahathir mungkin cemerlang untuk dirinya tidak untuk kaum Melayu.
Orang mungkin berkata semenjak Mahathir memerintah kaum Melayu semakin senang dan semakin kaya. Benarkah begitu ? Cuba kaji balik siapa yang senang dan siapa yang kaya itu? Di bandar-bandar kita masih sukar melihat kedai-kedai kaum Melayu. Keadaannya lebih kurang sama dengan zaman sebelum Mahathir memerintah. Kalau ada orang kata, mana pula tiada perubahan, sebenarnya sudah ada sedikit perubahan. Walaupun tak banyak tapi sudah ada kelihatan kedai-kedai kaum Malayu di bandar-bandar. Janganlah nafikan langsung.
Kita sebenarnya mesti bersikap ikhlas dan realistik, apakah selama 22 tahun memerintah Mahathir dan UMNOnya hanya mampu melahirkan hanya sedikit kedai-kedai Melayu di bandar-bandar sudah boleh dianggap satu kecemerlangan. Kalau inilah standard penilaian kaum Melayu, kaum Malayu itu sebenarnya bersikap sentimental dan sampai bilapun keadaan kedai-kedai kaum Melayu di bandar-bandar tetap akan macam itu, sedangkan kek ekonomi semakin membesar. Jadi apa lebihnya zaman Mahathir ?
Di sambung pula oleh zaman Abdullah, keadaan menjadi semakin teruk. Peluang ekonomi orang Melayu agak terbatas dan terhad. Baru dua minggu lepas Tan Seri Rahim Tambi Chik menyatakan pencapaian ekuiti orang Melayu hanya dalam sekitar 18 peratus lebih sahaja sehingga tahun 2008. Orang Melayu diam seribu bahasa, senyap tidak terkata.
Apakah ertinya itu, sedangkan kaum Melayu konon katanya mempunyai kuasa politik yang mantap semenjak 51 tahun merdeka ?
Kita tengok apabila Muhkriz Mahathir mahu mencadangkan sekolah satu aliran, semua kaum Cina sama ada parti politik dan juga NGO mereka menentang. Dalam cadangan itu sudah tentu akan ada jaminan dari Mukhriz untuk menjaga kepentingan dan jati diri kaum Cina tetapi kaum Cina mana yang akan percaya dengan jaminan Mukhriz dan UMNOnya itu ? Politik kaum Cina bukan politik ekperimen tetapi politik survival. Kaum Cina tahu jika mereka bermain politik ekperimen, mereka akan hilang jati diri seperti orang melayu yang semakin hilang jati diri mereka.
Bagi kaum Melayu pula mereka sering membenarkan pemimpin mereka (UMNO) berekperimen dalam berpolitik. Akhirnya tulisan Melayu (jawi) sudah berkubur. Ekonomi Melayu masih bernyawa ikan. Akidah orang Melayu sudah berderu yang hanyut. Dan kini Bahasa Melayu bakal berkubur jika PPSMI diteruskan. Jika begini apakah survival bangsa Melayu akan terus terjamin ? Kaum Melayu yang terlalu menyokong UMNO dan BN sila tanya diri mereka masing-masing.
Sebelum PPSMI dilaksanakan hanya mungkin bahasa Inggeris sahaja yang bermasalah bagi pelajar-pelajar Melayu. Tapi kini kita lihat betapa ruginya bangsa Melayu semenjak PPSMI dilaksanakan. Bahasa Inggeris pelajar-pelajar Melayu tetap tidak ke mana. Bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu semakin hancur. Sains dan Matematik anak-anak Melayu kian tenat dan terus hilang daya saing. Bagi kaum Cina
walaupun dasar PPSMI dilaksanakan mereka tetap menuntut sejumlah waktu untuk sains dan matematik diajar dalam bahasa mandarin dan mereka dibenar. Sedang anak-anak Melayu belajar sains dan matematik 100% dalam bahasa Inggeris. Inilah kebijaksanaan kaum Cina berpolitik.
Walau apapun yang terjadi asalkan UMNO yang buat walaupun ianya menyusah dan merugikan survival dan jati diri bangsa, kaum Melayu terus memuji memuja secara tidak rasional sebuah parti politik Melayu yang telah membawa negara ini merdeka dari penjajahan British. Sikap sentimental inilah menjadi menjadikan orang Melayu lemah di negara sendiri.
Kaum Melayu kelihatan berhempas pulas mahu menjaga UMNO dari menjaga survival kaum Melayu itu sendiri. Hakikat yang sepatutnya, UMNO yang menjaga survival kaum Melayu. Politik terbalik dan mengenang jasa membabi buta menjadi amalan kaum Melayu.
Lihat orang Cina, MCA membawa mereka bersama kaum lain dalam perjuangan kemerdekaan dan kewarganegaraan secara jus soli, tetapi hari ini MCA itulah yang ditolak oleh majoriti kaum Cina kerana MCA lemah dalam menjaga survival kaum mereka. Kaum Cina cukup sedar, permainan politik hari ini bukan permainan politik sentimental dan mengenang jasa, jika mahu jati diri dan survival mereka terjamin.
Adalah diyakini jika minda politik umat Melayu tidak berubah untuk belajar cara berpolitik kaum Cina, UMNO akan terus menerajui sebuah pemerintahan yang akan mengancam jati diri dan survival umat Melayu itu sendiri. Yakinlah kerana realiti dan fakta yang ada pada hari ini membuktikan segala-galanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment