Thursday, February 18, 2016
Baguslah Tu.... PKR Selangor Ibarat Retak Menanti Belah
Pemimpin cabang PKR Selangor semakin hilang kepercayaan terhadap
kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana
tidak berpuas hati dengan pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)
Azmin didakwa mengamalkan kronisme dalam pemilihan yang dibuat sehingga mengenepikan suara daripada akar umbi.
Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali berkata, pelantikan 288 ahli
majlis PBT yang dilantik kali ini hanya dipilih dalam kalangan ahli PKR
dari kawasan yang menyokong Azmin.
“Kerana mementingkan kroni maka ‘peraturan’ di mana Ahli Majlis harus
terdiri dari mereka yang bermastautin sekurangnya 5 tahun di kawasan,
diketepikan, maka ada yang dari Subang dilantik ke Kelana Jaya, dari PJ
Selatan dilantik menjadi Ahli Majlis di Sepang, dari PJ Utara dilantik
ke Majlis Daerah Kuala Langat dan banyak lagi.
“Mereka duduk di luar kawasan, tidak kenal penduduk dan kawasan
ditadbir, bagaimana mahu berkhidmat, akhirnya mereka terasing dari
masalah setempat dan hanya datang mesyuarat untuk bincang projek dan
kontrak sahaja.
azmin pkr“Tindakan Mohamed Azmin melantik pemimpin PKR yang tidak
bermastautin di sesuatu kawasan PBT sebagai ahli majlis adalah
bertentangan dengan perlembagaan parti dan keputusan mesyuarat EXCO
kerajaan negeri pada tahun 2013,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Murali, Azmin sepatutnya melantik ahli majlis PBT daripada nama
yang disenaraikan oleh setiap cabang, bukan individu pilihannya sendiri
yang diletakkan sebagai calon.
“Kami hairan kenapa Menteri Besar boleh menolak nama calon ahli majlis
yang dicadangkan kerana orang yang kami cadangkan itu antaranya
berkelulusan ijazah sarjana sedangkan syarat kelulusan minimum adalah
SPM (Sijil Pendidikan Malaysia) sahaja.
“Malah seorang ahli majlis yang dilantik Menteri Besar sebenarnya bukan
bermastautin di Kelana Jaya, tetapi di Petaling Jaya, oleh kerana itulah
kami sudah hilang kepercayaan terhadap Azmin.
“Cukuplah tempoh beliau menjadi Menteri Besar kerana beliau tidak lagi
menghormati keputusan pr selangorpimpinan akar umbi PKR,” tambahnya.
Keadaan itu tegasnya pasti akan menyukarkan penduduk setempat untuk
membuat aduan kerana ahli majlis PBT yang baharu tidak tinggal di
kawasan berkenaan.
Justeru, pihaknya menggesa PKR mengambil tindakan disiplin terhadap
Azmin kerana membelakangi kehendak cabang PKR dan pemimpin akar umbi
dalam pemilihan ahli majlis PBT.
Beliau turut menemplak kenyataan Setiausaha Menteri Besar, Suhaimi
Shafiei yang menyatakan segala isu yang dibangkitkan cabang telah
diselesaikan.
“YB Suhaimi buat laporan dalam Malaysiakini dengan menyatakan lantikan
Ahli Majlis telah selesai semuanya dan sengaja perbesar isu ini, Selesai
bagaimana? Dengan kamu (kartel azmin) berjaya menempatkan kroni – kroni
kamu dengan mengenepikan suara akar umbi parti?
“Saya dengan ini tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang
dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong
Azmin pada pemilihan lalu di mana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan
Cabang dalam Selangor,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment