Monday, February 01, 2016
Belum Masuk Sarawak Pun Sudah Tunjuk Perangai Buruk, Macam Mana Hendak Dibenarkan Masuk?
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang makin terasa bahangnya,
makin kuat pula puak-puak pembangkang meroyan di media. Tidak
habis-habis membuat ‘bising’ menuduh kerajaan pimpinan Ketua Menteri,
Tan Sri Adenan Satem sebagai ‘pengecut’ dan sebagainya.
Terbaru, seorang ahli politik yang baru di’gam’ dari memasuki negeri itu
gara-gara tindakannya bertemu dengan ‘Puteri Sulu’, melalak di portal
pembangkang kononnya Adenan ‘pengecut’ kerana tidak membenarkan Ketua
Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, memasuki negeri berkenaan.
Kata Nurul Izzah, dia bimbang jika rakyat Sarawak tidak memperolehi
‘akses maklumat’ yang di bawa pemimpin PKR yang kononnya cuba
disampaikan di sana.
Terlintas di fikiran penulis, akses maklumat apakah yang hendak
disebarkan Nurul Izzah dan Zuraida di Sarawak agaknya? Maklumat yang
menuduh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak membunuh Altantuya?
Maklumat tentang ‘serangan tentera Sulu’ ke Sarawak pula?
Setiap kali ada pemimpin PKR, DAP mahupun Amanah disekat masuk ke
Sarawak, maka setiap kali itulah mereka meroyan menuduh yang
bukan-bukan.
Belum masuk Sarawak pun sudah memburuk-burukkan kerajaan negeri dengan
pelbagai tuduhan jahat, apatah lagi jika dibenarkan masuk? Lagi teruklah
mereka tunjuk perangai buruk dan membawa budaya tidak sihat ke negeri
itu. Burukkan nama orang semenanjung saja, kan?
Sudah tentulah pihak imigresen di negeri itu mempunyai alasan yang kuat
untuk tidak membenarkan Zuraida atau sesiapa yang tidak dibenarkan masuk
ke negeri berkenaan. Itu hak negeri Sarawak dan mereka berhak atas
keistimewaan tersebut sejak merdeka.
Jadi, mengapa pula PKR dan Nurul Izzah persoal hak berkenaan? Belum pun
jadi Kerajaan Pusat, Nurul Izzah sudah berani mempersoal hak dan
keistimewaan Sarawak yang termaktub dalam perlembagaan negara? Siapa
Nurul Izzah untuk pertikai hak negeri itu?
Sekiranya Zuraida atau mana-mana individu yang mahu menjejakkan kaki di
bumi Sarawak, maka mereka perlu memastikan mereka berkelakuan baik,
tidak membawa budaya buruk, tidak menghasut, tidak menipu, tidak
berbohong dan tidak cuba mengajar orang Sarawak untuk berlaku biadap.
Mereka juga perlu patuh hormat pada kedaulatan undang-undang dan tidak
perlu pun berkempen melepaskan banduan yang disahkan bersalah di
mahkamah. Rakyat Sarawak terkenal patuh pada undang-undang dan
bertamadun menghormati keputusan mahkamah.
Penulis tidak fikir kerajaan negeri Sarawak akan menghalang Zuraida
masuk ke negeri itu jika dia berkelakuan baik seperti mereka yang tidak
disekat ke sana. Cuba tanya Datin Seri Rosmah Mansor yang selalu
diperburuk dan ditohmah pihak pembangkang, pernah beliau disekat masuk
ke Sarawak?
Jadi, sekiranya mahu masuk ke Sarawak atau Sabah, sila berkelakuan baik.
Seorang guru tidak akan marah pada muridnya jika muridnya itu
berkelakuan baik, berakhlak mulia dan tekun belajar. Begitu juga Sarawak
yang tidak menghalang mereka yang tidak membawa keburukan masuk ke
negeri tersebut.
Penulis sarankan supaya mana-mana pihak terutama pihak pembangkang
supaya hormati hak negeri Sarawak dan berkelakuan baik dalam tempoh 5
tahun selepas ini. Manalah tahu perubahan itu akan membenarkan mereka
masuk ke Sarawak pada PRN yang akan datang, bukan? Cuba lagi ya....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment