Thursday, February 11, 2016

Berdoalah Agar Malaysia Terus Aman

Semenjak tahun 2008, Malaysia bukan sahaja ada kalender cuti tahunan seperti cuti Raya Cina, cuti Deepavali, cuti Raya Puasa. Kita juga hebat dengan Cuti Sekolah.

Kalendar ini diisi kerana budaya Malaysia yang berbilang kaum, setiap agama dan masyarakat mempunyai kalendar mereka masing-masing tanpa ditinggalkan termasuk Iban, Dayak, Kadazan dan lain-lain.

Malaysia makmur dan maju sebelum itu, cantik di mata dunia, tersohor di mata pelabur. Apa yang terjadi selepas itu?

Malaysia mempunyai kalendar baru. Setiap tahun secara rasmi untuk Pembangkang semenjak 2008.
demosntrasi ganas 
Kalendar ini adalah “Upacara Demontrasi” setiap tahun selepas tahun 2008, Pembangkang sudah memasukan kalendar tetap mereka untuk melaksanakan Demontrasi Jalanan terhadap apa sahaja isu dalam negara.

Kita ada demontrasi Bersih, Demontrasi Lynas, Demontrasi TPPA, Demontrasi Bebas Anuar, Demontrasi Bersih 1,2,3 Demontrasi GST.

Boleh dikatakan setiap masalah dalam Negara semenjak tahun itu, budaya demontrasi sudah menjadi makanan tetap pembangkang dan segelintir rakyat Malaysia.

Warga peniaga tidak boleh berniaga setiap kali demontrasi, warga asing akan mendapat berita negatif setiap Demontrasi, media antarabangsa melaporan berita negatif terhadap Malaysia.

Adakah acara tahunan Demontrasi Jalanan ini yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO Pembangkang adil kepada majoriti rakyat Malaysia?

Adakah dalam pemikiran Pendemontrasi fikir setiap acara Demontrasi yang mereka lakukan tidak memberi impak negatif kepada sosial negara kita?

Adakah setiap demontrasi yang di laksanakan setiap tahun tidak memberi impak kepada Ekonomi Negara?

Adakah setiap demontrasi tidak memberi impak kepada keamanan dan yang paling utama perhubungan antara kaum yang sekian lama dibina semenjak peristiwa berdarah 1969?

Walaupun setiap tahun semenjak 2008 Rakyat Malaysia di hidangkan dengan Acara Tahunan Negatif, namum Kerajaan masih bertahan kerana asas kekuatan yang dibina sebelum ini telah memegang erat tali silaturahim antara Agama, Bangsa dan persahabatan rakyat Malaysia.

Namun, tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum 2008, Malaysia di beri tekanan dari sudut penurunan hasil negara, matawang yang merundum.

Budaya pemikiran fitnah sesama pemimpin, sebaran berita palsu dan separuh benar yang menular saban tahun juga telah merosakan asas budaya kepercayaan sesama rakyat.

Sekarang, diberitakan ada rakyat Malaysia mahu menyerahkan kerakyatan mereka. Melihat Malaysia bukan lagi sebuah negara untuk mereka hidup.

Ada juga yang kecewa menyalahkan UMNO dan tidak pernah melihat apa sumbangan mereka kepada kehancuran sosial Malaysia.

Penggunaan media sosial semenjak tahun 2008 telah menayangkan Malaysia yang tidak sejahtera lagi, gambaran kepada rakyat Malaysia melihat kekalutan dalam negara ditambah dengan terusiknya kepentingan diri apabila melibatkan sara hidup, ia menjadikan lebih tidak rasional.

Sampai bila keamanan Malaysia boleh bertahan? Adakah tolenransi ini akan lebih baik sekira Pembangkang memerintah?

Situasi janji Pembangkang yang digambarkan hanya di permukaan air, ianya ibarat teratai yang tumbuh, akar tidak cecah di dasar, bila-bila masa apabila rakyat mengetahui mereka ditipu tidak akan wujud lagi keamanan.

Dunia semakin melihat kehancuran secara moden, walau negara maju pun boleh hancur bila-bila masa dengan perbalahan sesama rakyat dek pemberitaan yang tidak benar.

Sama-samalah kita menjaga Negara Malaysia demi anak cucu kita....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment