Thursday, February 11, 2016
Tikam Sesama Sendiri…! Biarkan Pembangkang Terjun Dengan Labu-labunya
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang , Datuk Ismail Kijo
berkata semua ahli dan jentera UMNO jangan terpedaya dan terikut rentak
tarian pembangkang sebaliknya perlu terus fokus dalam mengatur strategi
untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Jelasnya perkara itu mesti diutamakan dalam keadaan parti pembangkang
yang terus bertelagah sesama sendiri dalam merebut jawatan dan kawasan
pilihan raya.
“Jentera UMNO mesti terus fokus memenangkan parti. Biarkan
pembangkang terus bergelut dalam kemelut pertelingkahan sesama mereka.
Mereka nak rebut kawasan, nak tikam rakan mereka.. itu sememangnya gaya
politik pembengkang. Bagi kita yang penting fokus kita nak persiapkan
jentera yang mantap bagi berdepan pilihan raya akan datang”, katanya.
Beliau
berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Parti
Amanah yang mahu bertanding di semua kerusi Pas di Selangor atas alasan
bimbang kerusi tersebut jatuh ke tangan UMNO.
“Mereka boleh katakan apa sahaja, kaitkan UMNO dalam apa juga
keadaan. Itu memang cara mereka tikam orang lain demi kepentingan
peribadi tetapi pada akhirnya mereka akan berubah, bergabung bersama
semata-mata untuk menjatuhkan UMNO.
“Bagi saya, hasrat Parti Amanah itu hanya satu retorik politik
mengelirukan rakyat. Nanti mereka pasti akan membahagikan kerusi sesama
mereka. Tetapi jika benar mereka mahu bertanding menentang Pas, sudah
pasti ini memberi kelebihan kepada UMNO kerana undi mereka akan berpecah
sedangkan UMNO tidak,” ujarnya.
Tambah Ismail, apa yang pasti, Dap tidak akan berdiam diri dan
membiarkan Parti Amanah menguasai semua kerusi tersebut memandangkan
kini Dap telah mengenalpasti calon-calon dari kalangan bangsa Melayu
bagi bertanding atas tiket parti itu.
“Secara peribadi saya sediki tpun tidak kisah jika mereka mahu
bertembung sesama sendiri… Ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional
(BN) dan UMNO tetapi percayalah, semua ini hanya satu lakonan terhebat
pembangkang.
“Lihat sahaja sebagai contoh semasa bantahan TPPA di Padang Merbok
baru-baru ini, walaupun Pas tidak sebulu dengan Pakatan Harapan tetapi
mereka turut serta dalam demo tersebut. Ini jelas menunjukkan mereka ini
sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.
“Sekarang ini yang penting, biarkan sahaja mereka terjun dengan
labu-labunya… Kita pula terus fokus dan menari hanya mengikut rentak
yang dipalu oleh panglima kita. Jangan sesekali kita terpesong hanya
kerana terpedaya dengan sandiwara pembangkang,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment