Thursday, February 11, 2016
Rafizi Ahli Politik Murahan, Pakar Jual Fitnah
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi
Shahadan meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar tidak
menggunakan taktik murahan untuk mencari publisiti murahan dengan
menyebarkan fitnah dan tohmahan yang tidak benar terhadap kepimpinan dan
institusi kerajaan.
Kata beliau, taktik kotor yang digunakan oleh Rafizi untuk menarik
perhatian rakyat serta menyesatkan pemikiran rakyat dengan cuba
menyematkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dan institusi kerajaan
akhirnya memakan diri apabila terbukti perkara itu tidak benar.
“Rafizi saya kira tidak serik-serik buat fitnah. Bukan sekali malah
sudah berkali-kali beliau memfitnah kepimpinan negara dan juga institusi
kerajaan. Saya merasa kesal dengan sikap beliau sebagai seorang ahli
politik yang gemar mengadu domba dan membuat tohmahan dengan pelbagai
perkara yang tidak benar.
“Beliau
sepatutnya menjadi ahli politik yang lebih berintergriti dan berkualiti
dan bukannya sebagai seorang hali politik yang ingin menjadi populis
dengan melontar fitnah dan tohmahan. Mungkin Rafizi sudah bangkrap idea
untuk menyerang kerajaan jadi beliau menggunakan fitnah sebagai senjata
biarpun perkara itu bercanggah dengan ajaran dan tuntutan agama,”
ujarnya kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau, sikap Rafizi yang suka melontar fitnah ini tidak hanya
terhad kepada kepimpinan kerajaan dan UMNO sahaja, malah Rafizi juga
dilihat tidak teragak-agak untuk melontarkan fitnah terhadap kepimpinan
parti pembangkang yang lain, mahu pun terhadap pemimpin partinya
sendiri.
“Apa yang saya lihat, Rafizi bukan saja rajin memfitnah kepimpinan
dan institusi kerajaan, malah fitnah juga digunakan sebagai senjata
untuk menjatuhkan rakan-rakan di dalam partinya sendiri.
Sebagai contoh
Tan Sri Khalid merupakan salah seorang mangsa fitnah beliau dalam isu
penukaran Menteri Besar Selangor di mana akhirnya terbukti PKR salah dan
terpaksa memohon maaf kepada Tan Sri Khalid.
“Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang juga tidak terlepas
daripada fitnah beliau dalam isu siapa akan menjadi perdana menteri jika
pembangkang menang PRU ke 13 sebelum ini. Jika kepimpinan di dalam
partinya sendiri dan juga rakan-rakan sekutu PKR juga tidak terlepas
daripada fitnah beliau, apatah lagi kepimpinan UMNO dan kepimpinan
negara.
“Sebab itu, bila Datuk Seri Najib mahu saman beliau tentang isu
cincin, tiba-tiba dia buat kenyataan itu hanya sekadar gurauan
semata-mata. Jadi saya nasihatkan beliau cukup-cukuplah membuat fitnah.
Jangan kerana terlalu terdesak untuk meraih sokongan dan mahu menjadi
populis, beliau sanggup menjadi fitnah sebagai senjata dan modal
politiknya,” jelas beliau.
Justeru itu beliau menyeru rakyat agar menolak ahli politik yang suka
menjadikan fitnah dan tohmahan sebagai senjata untuk meraih sokongan
kerana pendekatan fitnah dan tohmahan ini tidak akan mendatangkan
kebaikan kepada rakyat di negara ini.
“Kita tak boleh menerima ahli politik yang suka mengadu domba dan
menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat. Pendekatan menjadikan fitnah
sebagai modal politik untuk meraih sokongan merupakan perkembangan yang
tidak sihat untuk senario politik negara. Ianya hanya akan mengundang
keburukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat dan
juga negara ini,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment