Wednesday, February 17, 2016
Betul Punya Gilalah.... Pemain Tembak Pengadil Kerana Kad Merah !!!
Satu perlawanan bola sepak di Argentina berakhir dengan tragedi apabila
pengadil perlawanan ditembak sehingga mati di atas padang.
Kejadian yang menimpa mangsa, Cesar Flores, 48, berlaku di Cordoba
apabila suspek tidak dapat menerima keputusan dilayangkan kad merah.
Suspek yang juga pemain remaja dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan merbahaya terhadap lawan.
Akibat tidak dapat menerima hukuman berkenaan, pemain itu keluar dari
padang untuk mendapatkan sepucuk pistol sebelum menembak kepala, tengkuk
dan dada pengadil.
Selain itu, suspek turut menembak seorang pemain lawan iaitu Walter Zarate, 25, sehingga mengalami kecederaan parah.
Polis mengesahkan masih memburu suspek yang melarikan diri selepas melakukan pembunuhan tersebut.
Suspek yang masih belum dikenali itu dilapor membawa senjata berkenaan di dalam begnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment