Wednesday, February 17, 2016
Kini Pula Doktor Indonesia Terkejut Rakyat Malaysia Kufur Nikmat Walau Terlalu Banyak Harus Disyukuri
Susulan dari penulisan seorang pengkritik isu semasa yang juga digelar
sebagai “Doktor Facebook” oleh beberapa portal media baru-baru ini mengenai warganegara Singapura yang
memuji kemurahan kos perubatan kita, kini seorang doktor dari Indonesia
pula telah menghubungi beliau iaitu Dr Abdul Rahman Kadir.
Menurut Dr Abdul Rahman, rakan doktornya dari Indonesia itu turut juga
menyatakan kehairannya atas sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.
Katanya, untuk mendapatkan rawatan dari mana-mana rumah sakit (hospital)
di Indonesia, baik rumah sakit kerajaan ataupun swasta mestilah
mempunyai jaminan kesihatan atau insurans terlebih dahulu.
“Ubat untuk serangan jantung yang Indonesia gunakan bernama
Streptokinase. Ubat ini juga terdapat di Malaysia dan anggaran harganya
adalah sekitar RM 900. Jika rakyat Malaysia memerlukan ubat ini, ia akan
diberikan di jabatan kecemasan bersama semua rawatan lengkap lain
dengan hanya nilai RM 1,” katanya dalam laman Facebook.
Tambahnya lagi, ubat berkenaan di Indonesia adalah berharga antara 5-6
juta Rp (lebih kurang RM 1,700), namun mestilah mempunyai insurans atau
dikenali di sana sebagai Jaminan Kesihatan terlebih dahulu untuk
membelinya.
“Bagi rumah sakit kerajaan atau swasta sekalipun mesti mempunyai jaminan
kesihatan, jika tidak bayaran perlu dilakukan sebelum rawatan diberi.
Konsep: Pay first, then treat.
“Jaminan kesihatan di hospital swasta mereka sama konsepnya seperti kita
dengan syarikat-syarikat insurans seperti Prudential dan InHealth
mendominasi. Bagi rumah sakit kerajaan jaminan kesihatan/insuransnya
adalah dikenali sebagai BPJS (Badan Penyelengara Jaminan Kesihatan),”
ujarnya yang agak kesal dengan sikap netizen negara ini.
Menurut rakan sejawat Dr Abdul Rahman tersebut, kesemua perkhidmatan
kesihatan ini tetap memerlukan bayaran premium tertentu untuk mendapat
perlindungan dan situasi ini sudah semestinya tidak mampu dinikmati oleh
golongan miskin.
Katanya, perkara inilah yang menjadi punca mengapa ramai rakyat miskin
di Indonesia lebih rela mati dari menjejakkan kaki ke hospital.
Ada yang terpaksa menahan sakit hingga terlalu teruk dan barulah akan ke
hospital jika terpaksa, kerana tidak mampu membayar bil perubatan yang
bakal tiba.
Kos perubatan di Indonesia tidak sama seperti yang diamalkan oleh
kerajaan negara kita, kerana sebagai contoh ubat Streptokinase tadi yang
berharga Rp 5-6 juta akan dikurangkan menjadi Rp 950.000 sahaja (lebih
kurang RM 300 dibayar pesakit).
Walaupun pihak berkuasa di Indonesia menanggung sedikit ‘bebanan’ kos
tersebut, namun mereka tetap perlu membayar selebihnya dan jumlahnya
tetap membebankan.
Berbeza sangat apa yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada
rakyatnya, iaitu insurans atau jaminan kesihatan adalah tidak perlu di
mana-mana hospital kerajaan.
Memadai dibuktikan pesakit adalah warganegara dan ubat itu serta kesemua
kos rawatan lain boleh dinikmati dengan nilai hanya seringgit sahaja
yang harus dikeluarkan dari poket pesakit ketika itu.
“Sahabat saya itu ternyata terkejut dan takjub dengan perkhidmatan
kesihatan Malaysia yang begitu murah. RM 1 katanya, adalah menyamai Rp
3.500 dan ia tiada nilai hatta untuk membeli beras setengah liter
sekalipun,” kata Dr Abdul Rahman kepada rakannya dari Indonesia.
Dengan hashtag “#jangan_kufur_nikmat” , beliau turut menyeru agar rakyat
Malaysia sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah dikecapi selama ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment