Wednesday, February 17, 2016
Sekarang Ini Siapa Yang Tak Mahu Hudud.... Tiada Lagi Isu Hudud Dalam Pakatan Harapan
Tiada lagi isu hudud dalam Pakatan Harapan yang dipegang secara ‘agree
to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) dalam Pakatan Rakyat (PR)
sebelum ini.
Konsep ‘agree to disagree’ merujuk kepada satu keadaan di mana pihak
bertelagah bersetuju untuk menghormati perbezaan pendirian masing-masing
dalam sesuatu prinsip, demi untuk bergabung atas sesuatu matlamat,
sekalipun ia tidak akan menyelesaikan pertikaian yang berpunca daripada
perbezaan tersebut.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika membacakan kandungan perjanjian
Pakatan Harapan berkata prinsip ‘agree to disagree’bukan lagi menjadi
asas kepada gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan, sebaliknya
ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang
dipersetujui secara bersama.
“Fasal pertama, segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip
konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju
sebulat suara dengan keputusan itu.
“Agree to disagree (setuju untuk tidak bersetuju) bukan lagi prinsip
Pakatan Harapan,” kata Rafizi semasa Persidangan Pertama yang diadakan
di Shah Alam, Selangor pagi ini.
Rafizi berkata keputusan konsensus itu akan mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan.
“Jika keputusan bersama secara konsensus sudah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti,” katanya.
Konsep ‘agree to disagree’ diperkenalkan PR pada 8 Februari 2015
berkaitan dengan isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.
Ia sebagai rentetan daripada Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang berbunyi ;
“Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan
1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya
muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan
pendirian oleh DAP dalam perkara ini.”
Walaupun menghormati prinsip itu, namun pendirian DAP dalam isu hudud
amat konsisten iaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di
mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana ia bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks
kepelbagaian kaum dan agama masyarakat majmuk di Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment