Tuesday, February 09, 2016
Buruk Sangka Betul Perangai Rafizi Ni..... Bonus TH Bukan Bermakna Kedudukan Kewangan Kukuh
Ye ke.. dikatakan kamu ada simpan hampir RM500K.. jika kewangan TH tak
teguh... keluarkanlah duit tu dan masukkan dalam institusi yang untung...
SHAH ALAM : Pemberian bonus tahunan lima peratus dan bonus haji tiga
peratus kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bagi tahun 2015 bukanlah satu
jaminan atau bukti kepada kedudukan kewangan yang kukuh.
Ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, kedudukan rizab
Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2015.
Menurut Rafizi lagi, pemberian bonus tersebut hanya bertujuan mengaburi
mata pendeposit TH memandangkan TH pernah terlibat dengan urusan jual
beli badan pelaburan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang
dilaporkan merugikan.
“Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu yang pengumuman
bonus tahunan bukan bermakna kedudukan kewangan TH kukuh. Tambahan pula
ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar
dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB.
"Ini selaras dengan peringatan yang diberikan Bank Negara Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom mengumumkan keuntungan sebanyak RM3.53 bilion pada
tahun lalu, semua pihak harus mengambil kira angka defisit mencecah
sehingga RM3.195 bilion yang berlaku pada TH, tahun lalu.
"Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang 2015,
kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh
mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga
saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang
diumumkan oleh Jamil Khir,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment