
Tuesday, February 09, 2016
Terkini Di Portal Berita : PAS Alu-Alukan PAN Bertanding Kerusi Diwakilinya - Takiyuddin

KOTA BAHARU : PAS hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara
(Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang diwakili PAS, pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mempunyai
kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota
Amanah terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.
“(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak
‘consult’ dengan kita pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri
rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan
Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata
parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang
diwakili PAS.
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu berkata tindakan
Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan
undi yang diterima PAS sebelum ini.
Mengulas mengenai tindakan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang yang
kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin
berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
“Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan
dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment