
Wednesday, February 10, 2016
Chegu Bard Dedah Skandal Rasuah PKR Berjumlah RM32.4 Juta??

Pembangkang yang sering kecoh mengenai skandal membabitkan Datuk Seri
Najib Razak rupanya mempunyai ‘udang di sebalik batu’, apabila cuba
menutup skandal yang dilakukan Kerajaan PKR Selangor dengan menghentam
sana sini mengenai skandal Perdana Menteri itu.
Dalam sibuk pembangkang mengkritik dan menghentam Perdana Menteri
dengan skandal yang terpalit, rupanya Kerajaan PKR Selangor cuba
menyonglap duit rakyat negeri itu apabila meluluskan projek penggantian
kubah masjid negeri Selangor yang berjumlah RM32.4 juta.
Perkara itu didedahkan oleh ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham
Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dan dalam masa sama
beliau meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk
tampil menjelaskan mengenai projek ini.
Menurut
Chegubard, jumlah yang dinyatakan kerajaan Azmin untuk menggantikan
kubah Masjid Negeri itu adalah satu jumlah yang tidak wajar, kerana
dikhuatiri berlaku seperti projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
“Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek
menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya
pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk
mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat
sebegini.
“Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut
ditutup dengan kononnya sudah ada penderma? Atau sebut sahaja ia
kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan? Atau Azmin yang menjadi
sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno, akan mengalihkan isu
mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai institusi Islam di
Selangar,” kata Chegubard.
Apapun diucapkan terima kasih kepada Chegubard kerana berani
mendedahkan skandal yang dilakukan PKR, walaupun beliau merupakan ahli
PKR seumur hidup… Memang tidak dinafikan jumlah tersebut merupakan satu
jumlah yang amat besar untuk melakukan pengubahsuaian kubah Masjid
Negeri.
Jumlah yang diumumkan itu dikhuatiri hasil kerjanya tidak setanding
dengan jumlah yang diumumkanm sepertimana yang berlaku dalam projek
pengubahsuaian ringan pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan
belanja RM9.8 juta.
Bayangkan mendirikan sebuah pintu gerbang untuk memasuki sempadan
Selangor menelan belanja RM9.8 juta…. Bak kata orang, jumlah untuk
mendirikan pintu gerbang itu boleh membina ribuan rumah kos sederhana
untuk rakyat.
Namun begitu, kita perlu menunggu sehingga projek pengubahsuaian
projek kubah Masjid Negeri ini siap sepenuhnya, sebelum orang ramai
dapat menilai hasil kerja dengan jumlah yang diumumkan.
Seandainya projek tersebut telah siap sepenuhnya dan hasilnya tidak
sepadan, maka ia jelas pemimpin kerajaan PKR Selangor menyonglap duit
rakyat dengan menggaburi mata rakyat melalui projek pengubahsuaian
terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment