Monday, February 01, 2016
DAP Cuba Mewujudkan Teori Domino di Malaysia Demi Kuasa Politik
Satu-satunya parti yang begitu kosisten menghentam kerajaan hari ini
adalah Democratic Action Party (DAP). Sejak dari awal penubuhan
sehinggalah kini, walau sebaik mana pun kerajaan lakukan untuk
rakyatnya, pastinya akan mengundang kritikan DAP walaupun ia sememangnya
terbaik untuk rakyat.
Sejak Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, DAP dilihat begitu giat cuba
menjatuhkan kredibiliti kerajaan melalui apa sahaja cara. Bermula dengan
mewujudkan semula sentimen kebencian rakyat terutamanya bangsa Cina
terhadap kerajaan, kini DAP beralih kepada cuba menjatuhkan satu per
satu entiti berasaskan agama Islam yang ditadbir kerajaan.
Mungkin DAP terlupa bahawa agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi
negara. Oleh sebab itu, pelbagai agensi agama ditubuhkan bagi
menyelenggara dan memastikan kebajikan orang Islam di negara ini
sentiasa dipelihara. Namun begitu, DAP melihat ianya seperti sebagai
salah satu simbol rasis yang diwujudkan oleh kerajaan.
Sehingga kini, belum ada walau satupun agensi berasaskan Melayu
ditubuhkan oleh kerajaan. Jadi bagaimana DAP boleh mengklasifikasikan
agensi berteraskan agama ini sebagai salah satu bentuk rasis?
Tidak sukar memahami bagaimana DAP menyemai kebencian ini. Bermula
dengan memperlekehkan kepimpinan negara, kemudian memperlekehkan Jalur
Gemilang, kemudian menekankan betapa laungan azan harus diperlahankan
kerana mengganggu tidur orang yang bukan beragama Islam sehingga
tanah-tanah perkuburan orang Islam turut diambil alih.
Kemudian, mereka mengalihkan serangan kepada agensi-agensi kerajaan
seperti Permodalan Nasional Berhad, Jabatan Agama Islam, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan terkini Lembaga Tabung Haji. Tanpa ada sebarang
rasa hormat, mereka sewenang-wenangnya mencampuri urusan agensi-agensi
berkenaan sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat terutamanya
umat Islam.
Paling dikesali, bagaimana mereka begitu mudah membodohkan umat Islam di
negara ini kononnya Tabung Haji telah menyelewengkan wang simpanan
mereka. Pernah atau tidak terfikir, saban tahun, Tabung Haji tidak
pernah gagal menerbangkan kira-kira lebih 22 ribu jemaah haji kita untuk
mengerjakan haji setiap tahun?
Pernahkah kita terfikir saban tahun, Tabung Haji menerbangkan berpuluh
ribu jemaah Umrah ke Mekah? Malah, saban tahun Tabung Haji tidak pernah
gagal memberikan dividen tambahan kepada para pelaburnya? Jadi dimana
asa dakwaan DAP yang kononnya Tabung Haji telah menyeleweng wang
penyimpan Tabung Haji?
Lebih menyedihkan, ada dikalangan umat Islam di negara ini, sanggup
menjadi bodoh hanya mendengar apa sahaja yang dilaungkan oleh DAP
sedangkan di Tabung Haji sahajalah tempat paling selamat untuk menyimpan
bagi tujuan ke Tanah Suci Mekah. Mereka merelakan diri mereka mendengar
dakyah songsang DAP dan seterusnya bertindak memulaukan Tabung Haji
hanya kerana kepentingan politik.
Jika benar Tabung Haji menyeleweng, bagaimana Arab Saudi, negara yang
menjaga kota Madinah dan Mekah, boleh mengiktiraf Tabung Haji sebagai
satu agensi terbaik didunia Islam dalam menguruskan umat Islam ke Mekah?
Paling utama, pernahkah kita mendengar rungutan dari jemaah haji kita
mengenai kekurangan yang gagal ditampung oleh Tabung Haji sepanjang 40
hari mereka di Mekah?
Oleh itu, usah terlalu mudah terpedaya dengan helah DAP. Bagi mereka,
mereka menghalalkan apa sahaja demi mencapai impian politik keji mereka
termasuk memperbodohkan orang-orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Sejak 1969 sehingga kini, Tabung Haji sentiasa menjadi pilihan utama
umat ISlam di negara ini untuk menyimpan wang mereka.
Jadi tiada sebab untuk DAP terus menyerang Tabung Haji dan lain-lain
agensi seperti Jabatan Agama Islam dan Permodalan Nasional Berhad. Amat
mudah difahami, mereka mahu melemahkan kewangan umat Islam di negara ini
demi memudahkan kerja mereka menawan Malaysia. Inilah taktik keji dan
kotor DAP demi mahu memusnahkan umat Islam dan orang Melayu di negara
ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment