Monday, February 01, 2016
Husam Musa Sudah Terdesak Kot !!!! Pemimpin Kanan PAS Enggan Layan Gesaan Husam
Kedua-dua pemimpin kanan PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk
Takiyuddin Hassan enggan melayan gesaan ADUN Salor, Datuk Husam Musa
yang menggesa mereka meletakkan jawatan berikutan kegagalan
membentangkan usul hudud di parlimen sehingga kini.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, langkah membawa usul tersebut di parlimen bukanlah isu sebaliknya tanggungjawab.
"Kita akan bawa usul ke parlimen, gagal (atau) tidak gagal selepas itu, bukan tanggungjawab.
"Saya juga boleh tanya dia (Husam) balik, dia juga pernah gagal
membabitkan beberapa perkara, kenapa tidak letak jawatan?," katanya yang
dipetik dari media.
Husam ketika menjadi panel sebuah forum malam kelmarin meminta Timbalan
Menteri Besar Kelantan itu dan Takiyuddin untuk bertanggungjawab di atas
kegagalan parti itu membawa usul pindaan akta berkenaan.
Bekas Naib Presiden PAS itu juga berkata, kedua-duanya perlu meletak
jawatan sekiranya gagal memberikan penjelasan di atas kegagalan
tersebut.
Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah
Syariah II Kelantan, manakala Takiyuddin pula merupakan Ketua
Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Sementara itu Takiyuddin sebagai mengulas perkara itu berkata, beliau
tidak bertanggungjawab menjelaskan perkara yang diamanahkan kepadanya
itu kepada Husam.
"Pihak kami tiada tanggungjawab memberi penjelasan kepada Husam. Bagi
saya, tanggungjawab saya melakukan kerja yang diamanahkan. Saya tidak
bertanggungjawab kepada dia," katanya dipetik akhbar tersebut.
Malah katanya, Husam juga tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran
kerajaan negeri Kelantan dan banyak perkara tidak perlu diberitahu
kepadanya.
Semalam, seorang lagi Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad turut menempelak
Husam dan menyifatkan kenyataan pemimpin itu sebagai tiada asas.
Ujar Idris, PAS sudah melakukan prosedur untuk membentangkan Rang
Undang-undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta 355 demi membolehkan
hudud dilaksanakan di negeri yang diperintah parti berkenaan, cuma belum
berkesempatan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment