Monday, February 01, 2016

Hilang Depositlah Nampaknya.... Pakatan Harapan Bertanding Semua Kerusi DUN Sarawak

KUCHING : Pakatan Harapan akan bertanding di semua 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, demikian disahkan Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian.Parti itu akan meletakkan calon muka baharu, Jajolkipli Numan, 51 bagi menentang Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu.

Pengumuman mengenai calon berbangsa Melayu yang juga seorang usahawan dibuat pada Ahad."Bagi kubu kuat Barisan Nasional juga kami akan meletakkan calon bertanding.

"Ia diputuskan pada mesyuarat terbaharu Pakatan, semua kerusi akan ditandingi," katanya pada sidang media di sini, Ahad. Beliau juga memaklumkan 22 daripadanya adalah calon PKR.

Senarai yang diumumkan Baru termasuk kerusi Batu Kitan, Tupong dan Tasik Biru di mana DAP menyatakan kesediaan untuk bertanding. Ditanya mengenai perkara itu, Baru berkata, mungkin satu kerusi akan ditandingi parti gabungan Pakatan.

"Bagaimanapun, majoriti kawasan yang akan ditandingi telah disahkan," katanya. Mesyuarat Pakatan bagi membincangkan agihan kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada pertengahan Februari ini.

Kata Baru lagi, kebanyakan isu berkaitan calon Pakatan telah diselesaikan. "Setakat ini, semua bersetuju untuk tidak mendedahkan kerusi yang bertindih kerana perbincangannya masih berjalan," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment