Monday, February 01, 2016
PKR Sendiri Pun REBAH Ada Hati Nak Bantu...... PKR Bantu PAN Pada Pilihan Raya Umum Ke-14
KOTA BHARU : Pas dijangka berdepan cabaran getir dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang apabila sekutunya, PKR tetap akan
bekerjasama serta membantu PAN termasuk di Kelantan.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata, pendirian
tersebut selari dengan keputusan parti itu sebelum ini yang mengambil
ketetapan untuk mengukuhkan pakatan pembangkang baharu.
Pada masa sama Mohamad Azmin berkata, PKR juga tetap mengekalkan
kerjasama atau tahaluf siyasi dengan Pas dalam pakatan pembangkang,
selain berharap masalah pengagihan kerusi membabitkan Pas dan PAN
selepas ini akan dapat diselesaikan bagi mengelak pertembungan tiga
penjuru.
“Kerjasama dengan PAN dan DAP perlu dihormati oleh semua pihak. Saya
juga yakin kepemimpinan tertinggi Pas memahami keperluan berkenaan,”
katanya selepas Majlis Amanat Pimpinan PKR Pusat di sini hari ini.
azminBaru-baru ini, Pas Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR bagi
membantah tindakan pemimpin parti sekutunya itu menyertai ceramah
anjuran PAN di beberapa lokasi di negeri ini.
Bagaimanapun, surat bantahan Pas bertarikh 13 Januari itu seolah-olah
tidak dipedulikan apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri
dilaporkan berkongsi pentas dengan PAN untuk berceramah di Kelantan
selepas itu.
Sebelum itu, Pas meminta PAN agar melupakan hasrat mereka untuk mengadakan sebarang perundingan atau kerjasama dengan parti itu.
Pada masa sama, Pas turut menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai
sebarang hubungan dengan PAN selain telah menutup segala pintu
perbincangan dengan parti serpihan Pas itu.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai surat Pas yang membantah
tindakan pemimpin parti itu menyertai ceramah anjuran PAN di negeri ini,
Mohamad Azmin menyifatkan perkara tersebut hanya pandangan Pas di
peringkat kawasan.
Dalam pada itu tentang soal pengagihan kerusi pakatan pembangkang bagi
menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11, Mohamad Azmin
berkata, pada masa ini, soal kedudukan kerusi melibatkan parti itu dan
Pas telah dipersetujui secara bersama.
“Satu kata muafakat antara Pas dengan PKR berhubung soal pengagihan
kerusi telah dipersetujui, sudah tentu kita juga akan mengadakan
perbincangan dengan parti dalam pakatan pembangkang baharu. Prinsip kita
adalah untuk melihat satu lawan satu.
“Sekiranya ada pertindihan kerusi, perkara itu perlu diselesaikan awal.
Saya yakin dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam pakatan
pembangkang, ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment