Ini kerana menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, umum mengetahui bahawa PKR sememangnya sebuah parti yang sering membuat tuduhan tidak berasas serta suka mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesilapan parti itu sendiri.
“Saya memang tak hairan kalau PKR cakap begitu kerana saya dan UMNO dah faham dengan budaya mereka, senang cerita, PKR ni ibarat yang gajah depan mata tak nampak, yang seberang laut, dia boleh nampak.
“Apa dia lupa sewaktu penyingkiran Khalid dulu mereka (PKR) sanggup menipu rakyat, buat Pilihanraya Kecil (PRK) di Kajang, letak Wan Azizah, lepas itu bukan Wan Azizah yang jadi Menteri Besar walaupun itu niat mereka, memenatkan rakyat pergi mengundi, habiskan wang rakyat.
“Bila Khalid tak dengar cakap mereka untuk letak jawatan, dia dipecat pula, kemudian tabur lagi fitnah, adakah UMNO juga yang dlihat lebih dahsyat?” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my.
Beliau mengulas tuduhan Ketua WHIP PKR, Datuk Johari Abdul yang sememangnya tidak berasas apabila mendakwa cara PKR lebih tertib sewaktu menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berbanding cara UMNO yang tidak tertib dan tidak demokratik dalam cubaan menyingkirkan Mukhriz.
Sebelum ini Johari mendakwa bahawa, ‘Langkah Kajang’ yang diambil PKR itu adalah selepas Khalid enggan meletakkan jawatan meskipun diarahkan berbuat demikian oleh parti.
JO PKR“Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi, nak memaksa dengan paksaan, ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.
“Di Selangor kami laksanakan dengan tertib, masalahnya UMNO tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami,” dakwa Johari dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.
Kenyataan Johari itu bagaimanapun mengundang respon negatif daripada pelbagai pihak terutama segelintir blogger yang mengaku hampir termuntah membaca pengakuan berani itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment