Wednesday, February 17, 2016

DAP Dan PKR 'Bergomoi' Rebut Kerusi Di Sarawak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimY9A79Fqj2zKUcemmwlb2QWHbbD88JuykidmMO0b96iCw6Kc-4k5AqHORih6sJQIixAUnvxsa4z85BeCbo6MSbYekFHkn3Mv3HwDCAJfheikEFN-BbhBBJfVUaNPsb-rpaNpVcetFXwI/s1600/images+(3).jpg
Parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak sehaluan, bercakaran dan bergomol antara satu sama lain dipercayai kerana berebutkan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak. Sampai macam tu sekali dorang punya taksub untuk merebut kuasa, tak boleh berbincang baik-baik ke?? Kata ‘pakatan’ kan!

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, pada mulanya mereka menjangkakan bahawa DAP dan PKR masih lagi dalam proses pembincangan untuk meletakkan calon. Perbincangan tersebut bagi memberi ruang dan mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Namun malangnya kepercayaan mereka telah dikianati oleh PKR.

Dikhabarkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar, dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin bertindak sailang DAP apabila mereka mengumumkan calon di 22 kerusi yang dipertandingkan.

Mana tak sentap geng DAP, korang seperti sedia maklum yang DAP pun gila kuasa macam PKR. Tak mungkin mereka akan biarkan PKR sewenang-wenangnya cantas 7 kerusi daripada 22 kerusi yang masih dalam perbincangan tu.

Pandai pulak geng PKR ni ambil kesempatan terhadap DAP. Hahaa! Yang geng DAP pulak mati-mati percayakan PKR… Elok la tu, sekali sekala pengkianat juga akan dikianati oleh pihak lain, betul tak? Hahahhaha.....

“PKR tidak menunjukkan kejujuran di pihak mereka, apabila pimpinan kebangsaannya mengumumkan calon-calon parti mereka untuk kerusi-kerusi yang sedang dipertikaikan ketika rundingan sedang berjalan.” Tegas Chong Chieng.

Sudah semestinya tindakan PKR yang ‘potong line’ itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah pihak DAP. Dap Sarawak tidak mungkin akan berdiam diri setelah pengumuman kerusi diumumkan kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

DAP Sarawak mempersoalkan sekeras-kerasnya tindakan PKR yang tidak berpendirian dan tidak mencapai persetujuan dari semua pihak tersebut. Bertengkar la korang lepas ni… Chong Chieng memberitahu bahawa beliau sendiri akan bertemu dengan Wan Azizah berhubung rundingan kerusi pilihan raya pada Februari 19 ini.

Tambahnya lagi, mungkin PKR berbuat demikian kerana sentap dengan tindakan sebahagian pimpinan DAP peringkat bahagian yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keras berhubung rundingan itu. Tapi sepatutnya mereka tidak ambil hati dengan ‘kata-kata mengarut’ tersebut.

“Ada banyak lagi isu yang boleh disebut semasa berkunjung ke Sarawak daripada mengumumkan calon PKR.” Katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment