
Wednesday, February 17, 2016
Wanita Ini Ada Degree Tapi Slumber Je Part Time Jual Kipas

Selalunya pemikiran orang Malaysia kita bila tengok peniaga kat pasar
malam mesti dorang fikir yang mereka-mereka ini semuanya bodoh, belajar
setakat SPM, belajar tak habis dan golongan-golongan yang miskin dan tak
dapat peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan.
Sebenarnya korang silap, sebab seorang gadis yang tinggal di Kepala
Batas, Pulau Pinang ini mengejutkan orang ramai apabila di memilih untuk
bekerja di pasar malam, walaupun dia mempunyai kelulusan degree di
dalam bidang engineering.
Nak tahu dia berniaga apa?? Dia berniaga kipas yer… Ehhhh, kipas jer?
Yes kipas! Mesti korang akan cakap yang sia-sia je belajar habis duit,
buang masa hingga dapat degree tapi at the end jual kipas. Kenapa tak
apply kerja engineer dengan kelulusan macam tu, tak malu ke kerja pasar
malam jual kipas, nak tahu apa dia cakap?
Daripada menganggur takda kerja, dan rata-rata kerja yang dimintanya
semua memerlukan pengalaman dua tiga tahun sedangkan dia cuma fresh
graduate. Jadi lebih baik dia isi masa lapang dengan menjual kipas.
Sebenarnya gadis ini menjual kipas terpakai hasil dari kemahiran yang
dipelajarinya dalam bidang tersebut. Maknanya dia ambil kipas yang rosak
lepas tu baiki, kemudian jual di pasar malam.
Cuba korang fikir, beli kipas yang rosak berapa duit je lepas tu sewa
tapak pasar malam cuma RM3. Kalau dalam sehari busuk-busuk korang dapat
jual lima biji kipas, RM60x5 jumlah RM300 sehari. Katakan dalam seminggu
tiga kali berniaga, RM300x3 jumlahnya RM900. Dalam sebulan ada empat
minggu, RM900x4 jumlahnya RM3600… Perhhhh, masyuk kan??
Itu tidak termasuk lagi customer yang datang rumah untuk baiki kipas,
supplyer yang nakkan khidmat pembaikan. Fuhhhhh, gaji dia lagi masyuk
dari kerja kerajaan dan swasta kan. Menurut gadis ini, dia pernah
ditawarkan kerja di oversea tapi dia terpaksa menolak kerana takut
rindukan keluarga sebab berjauhan.
Jadi daripada dia buang masa takde kerja, so dia mengambil keputusan
untuk membantu bapanya meneruskan perniagaan tradisi ini memandangkan
gadis ini memang ada skill tersebut. Jadi kesimpulannya disini, kerja
hina dan low standard macam mana sekali pun, itu tidak bermakna pulangan
yang diperolehi sedikit.
Rezeki ni datang dalam pelbagai cara, jangan terlalu memandang rendah
atas pekerjaan seseorang. Kadang-kadang yang jual nasi lemak pun boleh
naik Alphard tau… Lagi satu, jangan salahkan kerajaan kalau korang
sendiri yang malas berusaha dan jijik nak kerja bawahan macam ni..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment