Wednesday, February 10, 2016
Filem Ola Bola Terus Mendapat Sambutan Hebat
Kalau sebelum ini kita dapat melihat filem ‘Ola Bola’ telah mencatat
kutipan RM2.5 juta selepas empat hari ditayangkan.. Nampaknya filem itu
terus mendapat sambutan hangat dari para penonton..
Setelah mendapat reaksi positif dari penonton sejak ditayangkan pada 28
Januari 2016 lalu.. Filem itu telah pun berjaya mencatat kutipan
box-office !!! Pergghhh !!! Sudah masuk hari ke-13 ditayangkan, kutipan telah
mencecah RM8 juta..
Kalau kita semua boleh perasaan, filem ini memang menjadi topik hangat dibualkan
oleh penonton di laman-laman sosial, dan telah trending di laman
Twitter.. Untuk pengetahuan anda semua juga, filem ini telah mendapat lebih
200,000 juta pendedahan dari penonton di media sosial..
Trailer untuk filem ini juga telah mencatat 1.6 juta tontonan dan jumlah
itu sentiasa meningkat dari hari demi hari.. Satu filem yang boleh
dibanggakan telah dihasilkan di Malaysia.. Berlatar belakangkan era
1980-an..
Tahniah diucapkan pada pengarah filem ini, kerana telah
menghasilkan satu karya yang boleh dibanggakan.. Serta menonjolkan
semangat perpaduan pelbagai kaum, filem seperti ini yang rakyat Malaysia
mahukan.. Bukan hanya filem cinta-cinta.. Mungkin lepas ini pengarah
filem boleh mula menghasilkan karya yang luar dari kotak pemikiran
kita....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment