Wednesday, February 10, 2016
Anwar Ibrahim Peliwat Paling Popular Di Dunia
Kesalahan liwat adalah salah satu kesalahan yang bukan sahaja salah pada
sivil, mahupun salah disisi agama Islam. Dalam dunia serba mencabar
hari ini, aktiviti seks sejenis seperti ini semakin menular kedalam
masyarakat dan ada diantaranya kini sudah di iktiraf serta mendapat
kuasa tertinggi dalam kerajaan.
Namun, bagi kita di Malaysia, perbuatan ini sentiasa mendapat kecaman
ramai pihak samada dari kalangan rakyat biasa mahupun para alim ulama.
Inilah yang menimpa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setahun yang lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan beliau tetap bersalah dan
dijatuhi hukuman penjara 5 tahun terhadap beliau.
Sejak dipenjarakan pada 9 Februari 2015, banyak perhimpunan dan gerakan
diadakan khas untuk beliau. Malah, tidak terhenti setakat itu, para
penyokong dan ahli keluarganya turut mengheret badan yang hanya
berdaftar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kononnya PBB mendesak
supaya Anwar dibebaskan.
Kelmarin, buat pertama kalinya dalam sejarah dunia, kira-kira 1,000
orang berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh menuntut Anwar
dibebaskan dari tuduhan meliwat. Ini adalah perhimpunan menyambut ulang
tahun penahanan Anwar di penjara dan tidak pernah dalam sejarah ada
sambutan sebegitu diadakan di mana-mana penjara di dunia.
Ini menampakkan para penyokong tegar Pakatan Harapan lebih mengagungkan
peliwat yang secara terang-terangan menyalahi hukum alam dari berpijak
di bumi nyata. Para penyokong Pakatan Harapan dilihat berjaya dalam
mempopularkan Anwar di dunia, dan skaligus meletakkan beliau sebagai
peliwat paling popular di dunia.
Inilah mentaliti yang ada didalam para penyokong Pakatan Harapan. Mereka
tidak lagi ambil peduli kesalahan moral yang dilakukan oleh Anwar
asalkan matlamat politik mereka berjaya. Malah, aksi lakonan “ganas” Mat
Sabu juga dilihat antara penarik perhimpunan semalam.
Beliau dilihat membaling mikrofon ke tirai belakang pentas yang
didirikan di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai menunjukkan kemarahan
dan ketaksubannya terhadap Anwar. Walhal, beliaulah antara individu yang
mula-mula sekali mempopularkan istilah Al Juburi terhadap Anwar pada
tahun 1997.
Kini, Anwar telah menghabiskan setahun daripada hayatnya di penjara atas
kesalahan meliwat. Beliau ada kira-kira 4 tahun lagi untuk menghabiskan
baki hukuman yang dijatuhkan keatas beliau. Namun sesuatu yang harus
Anwar ingat, pengaruhnya kian hari kian tenggelam, tidak sehebat seperti
satu ketika dahulu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment