Wednesday, February 10, 2016
PAS Bakal Terkubur Kerana Ramai Ahlinya Akan Sertai Amanah??
Sejauh manakah kebenaran bahawa ahli Pas lebih cenderung untuk menyertai
Parti Amanah Negara (PAN) seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAN,
Salahudin Ayub sekaligus menyangkal dakwaan Pas bahawa ahli PAN bakal
kembali menyertai kem parti Islam terbesar itu??
Adakah dengan dakwaan Salahudin yang mengatakan ahli Pas lebih cenderung
untuk menyertai PAN membawa makna, Pas bakal terkubur tidak lama lagi
sebagaimana terkuburnya Pakatan Harapan (PR)??
Menurut Salahudin, dakwaan Pas kononnya ahli PAN mahu kembali ke
pangkuan Pas itu tidak benar sama sekali, kerana hakikat yang sebenarnya
adalah ahli Pas sedang menunggu masa untuk menyertai PAN.
Salahudin berkata, ahli Pas kini lebih cenderung untuk menyertai PAN dan
hanya menunggu masa yang sesuai kerana perjuangan Pas sudah jauh
tersasar daripada laluan yang sebenar.
Malahan, Salahudin turut mengatakan Pas kini dalam keadaan takut dengan
penubuhan PAN apabila parti Islam itu mengenakan peraturan yang lebih
ketat terhadap ahlinya dengan melarang mereka untuk menghadiri ceramah
anjuran PH.
Agak kehairanan apabila pemimpin PAN sering mengatakan ramai ahli Pas
cenderung untuk mengikut parti Mat Sabu itu, dan hanya menunggu masa
yang sesuai untuk menyertai.
Mengapa perlu menunggu masa yang sesuai sedangkan hati sudah tidak lagi
memihak kepada Pas?? Seandainya hati seorang ahli itu sudah tidak
bersama parti disukainya, sudah pasti ahli tersebut akan 'move on' tanpa
menunggu masa.
Jadi, ini jelas bahawa pemimpin PAN terdesak untuk mendapatkan ahli dan
terpaksa mencuri ahli Pas untuk mengukuhkan sokongan parti yang tidak
sampai setahun jagung itu.
Menyentuh mengenai peraturan yang dikenakan parti Islam itu, rasanya
tidak salah Pas mengetatkan lagi peraturan dengan tidak mengizinkan
ahlinya untuk menyertai ceramah PAN... Ini kerana sudah terbukti bahawa
PAN sering menghasut mana-mana pemimpin parti untuk menyertai parti
acuan DAP itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment