Wednesday, February 10, 2016

PAS Sedia Terima 'Jemputan' Amanah Pada PRU Akan Datang

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Takiyuddin-Hassan_amanah_pas_600.jpg
Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dikhabarkan bakal menghangatkan lagi suasana politik di negara ini, ekoran Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti serpihan Pas telah memberi amaran awal kepada parti Islam itu dengan memaklumkan bahawa PAN akan menggempur kesemua kerusi milik Pas.

Walaupun PAN telah memberi amaran awal kepada Pas dengan kononnya bakal menggempur kesemua kerusi milik Pas tidak kira kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas dalam satu kenyataan memaklumkan parti Islam itu sedia menerima 'jemputan' PAN untuk mencabar pada PRU akan datang.


Perkara itu dimakumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dengan mengatakan Pas tidak sama sekali gentar dengan PAN yang mempunyai rakan sekutu untuk menggempur Pas.


Menurut Takiyuddin, walaupun PAN berhasrat untuk memiliki kerusi yang dimenangi Pas pada PRU akan datang, ia sedikit pun tidak menjejaskan undi rakyat terhadap parti Islam itu.


Malahan, hasrat PAN yang mahu mengganggu kerusi milik Pas atas bantuan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH), bakal menguatkan lagi sokongan Pas di hati rakyat.


Pas tidak sama sekali gentar dengan amaran PAN yang merupakan parti barua DAP yang jelas dan terang menentang hukum Islam dilaksanakan di negara ini.


Lagipun, impian PAN untuk menggempur kerusi Pas pada PRU akan datang boleh dianggap sebagai 'angan-angan Mat Jenin' memandangkan parti itu tidak mempunyai sokongan tersendiri, dan hanya mengharapkan sokongan daripada rakan sekutunya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment