Wednesday, February 10, 2016
Zahid Hamidi Mahu Kaum Cina Kembali Sokong BN
Tidak dinafikan bahawa masyarakat Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU)
lalu, lebih menyatakan sokongan terhadap pembangkang khususnya DAP
ekoran terpengaruh dengan janji-janji manis yang dilemparkan oleh
gabungan parti pembangkang.
DAP pada PRU lalu melemparkan janji manis kepada masyarakat Cina,
kononnya masyarakat Cina di negara ini akan lebih terbela seandainya
gabungan parti pembangkang berjaya menguasai kerajaan.
Bila dilihat kembali suasana politik pembangkang pada masa ini,
persoalan mulai timbul mengenai mampukah pembangkang terus membela hak
masyarakat Cina sedangkan mereka sesama rakan sekutu sering berbalah
sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun PR telah terkubur dan digantikan dengan pakatan yang baharu
iaitu Pakatan Harapan (PH) yang kononnya bagi meneruskan pembelaan
rakyat, parti pembangkang dilihat masih tidak serasi dan terus berbalah
diantara satu sama lain.
Lebih mengecewakan, pembangkang sering bergaduh mengenai perebutan
kerusi berbanding memperjuangkan hak rakyat seperti yang sering
dijanjikan mereka sebelum ini.
Oleh demikian, bagi membela semula hak masyarakat Cina yang telah ditipu
oleh pembangkang selama ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid
Hamidi mengharapkan masyarakat Cina di negara ini kembali menyokong
kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tidak dinafikan, harapan yang dibuat Zahid ini pasti akan
diputar-belitkan puak pembangkang, kononnya BN terdesak untuk
mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang kuat menyatakan sokongan
terhadap parti cina kiasu.
Justeru, masyarakat cina di negara ini perlu sedar bahawa harapan yang
dibuat Zahid terhadap masyarakat Cina bukannya terdesak mendapatkan
sokongan, tetapi Zahid prihatin untuk membela semula hak orang Cina yang
ditipu pembangkang selama ini!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment