Wednesday, February 10, 2016
Tun M Gunakan Alasan Bodoh Untuk 'Kembungkan' Poket Sendiri
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menyarankan rakyat di
negara ini supaya membeli kereta keluaran Proton, dan berhenti membeli
kereta import seandainya mahu menaikkan kembali ekonomi negara.
Menurut Mahathir, seandainya rakyat di negara ini masih berdegil untuk
membeli kereta import dan tidak menyokong kenderaan buatan tempatan,
maka ekonomi negara akan terus merudum dan Malaysia akan menjadi sebuah
negara dunia ketiga yang gagal.
Jelas Mahathir, sekiranya rakyat membeli kereta import, ia hanya
membantu ekonomi negara luar dan tidak sama sekali membantu ekonomi
negara kerana wang hasil jualan kereta itu hanya dinikmati oleh pekerja
industri luar negara itu.
Rasa kelakar pula apabila mendengar saranan yang dibuat oleh Mahathir
ni, kononnya mahu membantu menaikkan ekonomi negara. Padahal mahu
menguntungkan diri beliau sendiri yang merupakan Pengerusi Proton
Holding Berhad.
Iyalah, seperti yang kita ketahui, Proton yang merupakan syarikat
automotif negara sejak kebelakangan ini sering mengalami kerugian ekoran
kurang mendapat permintaan pasaran kerana harganya yang terlalu mahal,
dan kualiti keluarannya seperti sampah.
Oleh kerana terdesak untuk mendapat keuntungan bagi menampung kerugian
selama ini, Mahathir terpaksa mengeluarkan saranan 'bodoh' kepada rakyat
supaya membeli kereta keluaran Proton kononnya bagi membantu ekonomi
negara.
Sebelum Mahathir menyarankan rakyat supaya membeli kereta keluaran
syarikat tempatan itu, Mahathir disaran supaya meningkatkan kualiti
kenderaan terlebih dahulu dan kurangkan harga setiap model yang dijual.
Selain itu, jangan sesekali Mahathir cuba menuding jari kepada kerajaan
untuk mendapat 'lampu hijau' bagi menaikkan harga sesebuah kenderaan
keluaran syarikat automotif tempatan itu!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment