Wednesday, February 10, 2016
Fokus Utama Adalah Rakyat, Bukan Protokol – Najib
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak mahu perbelanjaan yang digunakan untuk majlis sambutan lawatan
kerja dan rasmi beliau serta menteri-menteri Kabinet dikurangkan
selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan.
Berdasarkan pemerhatiannya melalui lawatan-lawatan kerja yang
dilakukan baru-baru ini, Najib berkata beliau melihat masih ada
perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dielakkan.
“Saya berterima kasih untuk segala persiapan menyambut kehadiran
saya. Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di
mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan
istimewa dan sebagainya.
“Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol,” kata perdana menteri dalam entri terbaharu beliau dalam blog NajibRazak.com.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pada mesyuarat Jemaah
Menteri pertama 2016 di Putrajaya pada 6 Januari lepas, beliau telah
mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian untuk membelanjakan
peruntukan yang diberi secara berhemat.
Perdana menteri berkata setiap lawatan kerja yang dilakukannya adalah
bertujuan untuk bersama rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari
jalan penyelesaian bersama.
“Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan sebegini
agar masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat
mungkin,” katanya.
Menurutnya dalam setahun dua tahun ini, beliau telah merasmikan banyak majlis dan membuat lawatan kerja di seluruh negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment