Wednesday, February 10, 2016
Pesawat Tentera Terhempas, Tiga Disahkan Maut
JAKARTA : Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan
maut dalam nahas udara membabitkan pesawat milik Tentera Nasional
Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) di Kota Malang, Jawa Timur pagi tadi.
Kedua-dua wanita itu ialah Erma Wahyuningtia dan Nur Cholis, yang
masing-masing berada di rumah mereka yang dihempap pesawat latihan
berkenaan di kawasan perkampungan Blimbing, Kota Malang.
Ketika kejadian, Erma sedang mencuci pakaian manakala Nur Cholis berada di dalam rumah, lapor media tempatan.
Ketua Staf Angkatan Udara (KSAU) Agus Supriatna pula berkata turut
maut ialah juruterbang pesawat EMB-314 Super Tucano itu, yang dikenali
sebagai Ivy Safatillah.
Pihak berkuasa belum dapat memberi maklumat terperinci mengenai
kejadian itu kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang
juruteknik tentera yang turut menaiki pesawat itu masih diteruskan,
katanya seperti yang dipetik media tempatan.
Agus berkata, bahawa bangkai pesawat terbabit masih belum boleh
dikeluarkan kerana jentera pengangkutan sukar memasuki kawasan kampung
berkenaan.
“Juruterbang sudah meninggal dunia dan juruteknik sedang diselamatkan,” katanya seperti dipetik media dalam talian tempatan.
Juruterbang dan juruteknik itu dipercayai sempat menerjah keluar dari pesawat itu sebelum ia terhempas.
Sementara itu, media tempatan memetik seorang anggota pasukan mencari
dan menyelamat sebagai berkata bahawa mayat juruterbang itu ditemui di
Jalan Tombro kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Nahas kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan pesawat latihan berkenaan menghempap dua rumah dan sebuah surau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment